Sunday 29 January 2012

Melangkah kealam persaraan

kenangan semasa anak pertama (Azizul Razman)
   Setiap yang bermula akan berakhir juga sebagai penyudahnya.Begitulah setiap yang hidup, kematian pula sebagai noktahnya .Bagi yang bekerja  akan berakhir dengan persaraan.Inilah yang uncle ingin ungkapkan sebagai tatapan bersama.Pada tanggal 11112 (11.1.2012) adalah sebagai titik penamat bagi uncle dari seorang pekerja kepada seorang pesara.
     Pada petang hari terakhir uncle melangkah keluar dari pejabat berbagai persoalan bermain diminda.Perasaan sebak didada memang terasa.Betapa kerdil nya diri ini.Kalau dulunya uncle ini ibarat seekor ayam daging diberi makan setiap hari.Tapi bermula dari tarikh ini jadilah pula seekor ayam daging dilepaskaan keluar dari reban dibiarkan mencari makan sendiri.Kalau dahulu bermula dari jam 8 pagi uncle sibuk dengan tugas yang diamanahkan,riuh rendah dengan senda gurau rakan2 sekerja, tapi sekarang ini....ah tinggal sebagai kenangan.Penyesuaian dengan kesunyian mulalah bermula.Baru lah uncle sedar bagaimana rasanya sang isteri sebagai surirumah sepenuh masa dalam kesunyian bila sang suaminya melangkah keluar dari pintu rumah pergi kerja.Maafkan lah diri ini wahai sang isteri tersayang.Lebih dari 30 tahun menjadi penunggu setia dirumah dari jam 8 pagi sampai 6 petang sebagai rutin harian.Betapa sabarnya mu.semasa anak kecil bersekolah engkau keseorangan dirumah. Bila anak2 sudah besar melangkah kemenara gading kau tetap masih menjadi penunggu siang keseorangan juga. Bila anak sudah bekerja kau tetap kau seperti dulu juga.Bermula dari hari ini kau ada teman untuk berbicara.Senyumlah  sayang........
    Uncle merasa sedih meninggalkan rakan-rakan sekerja semuanya baik-baik dan bertimbang rasa.Uncle merasa seolah-olah dalam satu keluarga.Uncle rasa terharu dengan majlis perpisahan diadakan bagi uncle dan rakan2 seangkatan.Terima kasih kepada semua.Majlis pertama uncle hadhir ialah majlis yang diadakan  olih majikan di WPTC 3hari dua malam "Majlis Jasa Mu Dikenang Dan Penyampaian".Majlis ini bagi meraikan pekerja akan bersara seluruh Malaysia.Lebih kurang 500 bakal persara .Majlis kedua yang uncle hadhir ialah Majlis Perjumpaan Dengan Pengurusan diadakan diKuantan bagi negeri Pahang untuk persara2 dari Pahang.Manakala majlis terakhir pula Majlis Perpisahan diTemerloh diadakan olih rakan.ada 5 orang pesara termasuk uncle .Terima kasih sekali lagi uncle ucapkan .
    Siang bertukar malam dan malam bertukar siang.Uncle terjaga dari tidur tanpa mimpi.Rupa2nya dah dua
minggu uncle beristirehat.Apa ini adakah kesudahan nya?.Ini yang uncle cari jawaban yang masih belum terjawab.Uncle teringat sebuah lagu dari filem Bobby tahun 80an dulu ....diterjemahkan dalam bahasa ibunda lebih kurang bagini maksudnya.... mu dulu...mu dulu...untuk naik keretapi sehingga terlepas dari perjalanan tersebut.tanpa apa2 tindakan.Uncle tidak mahu terlepas peluang dalam mencari rezki dikala badan masih sihat dan tenaga masih ada.Peluang yang Tuhan berikan pada uncle ialah badan masih sihat.
Tapi ruang rezki dimanakah uncle perlu rebut.Kemahuan dan semangat masih berkobar...tapi uncle tak dapat membuat penyelesaian dalam beberapa persoalanan. 1. apa yang uncle perlu buat. 2. apadia  3.bagaimana. 4.dimana untuk bermula dan berakhir.Diharap padangan atau cadangan bijak pandai rakan-rakan,adik2,anak2 dan cucu-cucu uncle yang di kasihi dapat membantu uncle buat penyelesaian.  
     Gunung pun kalau dicangkul hari2 ia .akan menjadi rata juga.Ini kan simpanan uncle yang tak seberapa ini.Mujur juga lah disaat akhir uncle ada buat simpanan untuk pelajaran anak.Dua lagi anak uncle yang masih dimenara gading,diharap mengcukupilah untuk mereka,sebagai tambahan kepada pinjaman.Uncle tinggal dirumah sendiri tanpa hutang..Allhammdullilah....tidak memeningkan kepala.Kepada sesiapa yang berminat membeli rumah diKuantan bolihlah hubungi uncle,sebab uncle mahu jual rumah disana.Keluarga tak mahu balik kesana.
     Sekadar ini saja coretan uncle hari ini.Disini uncle mahu kongsi bersama cara2 merawat Gigi sakit berlubang sungguh mujarab pada .yang telah mencubanya.
1. Sedikit kapor (kapor yang diguna makan sirih)
2. Sedikit Gambir
  Cara-caranya :
               Gambir di uli bersama kapor tadi sampai sebati.
                Ambil ramuan tadi digotel bulat dan masuk dalam
                gigi berlubang tadi.Tekan sampai padat.

Note: Ia akan rasa sakit tapi sekejap saja lebih kurang 3 minit jer. Lepas tu ia terus
sembuh .biarlah ramuan dalam gigi tak perlu buang.
setengah2 mereka yang mencuba memaklumkan kepada uncle bolih sembuh sampai bertahun,
tak perlu cabut gigi.......murah ,senang, selamat.

      Sila lawati: 
      http://atiepremium.blogspot.com

Bicara Uncle Pencen: blog yang pertama

Bicara Uncle Pencen: 

blog yang pertama bagi uncle yang jahil tentang IT yang serba canggih ini. Pada petang ini lahirlah sebuah blog yang serba kekurangan dalam percubaan membinanya sendiri.OH....betapa gembira rasa nya dihati dengan kejayaan yg tak sepertinya ini.Diharap sahabat2,anak2 dan cucu2 yang arif dalam hal ini dapat memberi bimbingan kapada uncle.