Friday 17 February 2012

kasih sayang

Disini uncle nak berkongsi apa yang telah uncle baca dari email kawan2 semasa uncle bekerja dahulu.Dua kesah yang sungguh menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita.Uncle telah simpannya begitu lama dan sekarang uncle nak kongsikan kepada pembaca blog uncle ini. PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi ) (Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...) Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam. "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya. Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya. Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu! Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama : " Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja Kita sentiasa berfikir untuk memberi Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! Sahabat sekelian, ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua. Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia. Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya. Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD. Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai. HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka. Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami. Wallahu A'lam. Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat... Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje... Pengakhir kata uncle nak kongsikan tentang khasiat rempah ratus dalam gulai. Biasanya tiada orang memakan repah ratus dalam gulai.cuma makan kuahnya sahaja. Amalkan memakan apa saja rempah ratus yg telah dimasak gulai termasuk asam keping sekali.Jika digigit serangga seperti lipan tidak memberi kesan pada kita.Walau pun sakit tapi ia tidak mudharat.sila amakan

Part2

Sebelum ini uncle ceritakan kampung uncle tiada jalan raya.Jalanraya dikampung uncle dibuat seinggat uncle semasa uncle baru masuk darjah satu.Bila sebut hal persekolahan teringatlah uncle perihal penerimaan pembelajaran permulaan.Dikampung uncle masa itu ada sekolah dewasa.Untuk mendidik penduduk supaya tidak buta huruf.Bangunannya dibuat dari buluh.Orang2 dulu panggil bangsal,lebih kurang kandang kambing jer.Olih kerana tiada sambutan bangsal tersebut jadikan pula sekolah untuk mendidik anak-anak.Kalau sekarang ni sekolah tadika la.Uncle salah seorang daripada muridnya seramai lebih kurang lima belas orang temasuklah kakak uncle.Pada mulanya uncle tak nak mengikutinya.Umur pada masa itu baru enam tahun.Uncle suka berkawan dengan kanak-kanak yang tak bersekolah.Pagi-pagi lagi kawan2 datang ajak melestik burung atau menyambung ayam.Makan minun pagi tak kisah.Uncle dipaksa olih keluarga supaya bersekolah.Olih sebab ketakutan dan kena pukul maka uncle dan sepupu uncle (arwah)terpaksa mengikuti persekolahan tersebut.Dulu tak ada buku,cuma ada papan selik dan pencilnya pula kalam batu.Bila tulis atau corit apa-apa ia akan dapat lihat warna putih tempat ditulis.Papan tersebut warna hitam.Besarnya lebih kuran satu kaki jer.Bila nak padam gosok jer dengan tangan,ia akan hilang. Hari pertama dihantar olih ayahanda.Tapi kena tunggu sampai habis kelas dan balik bersama.Hari kedua sama seperti hari pertama.Hari ketiga selepas dipujuk,uncle dan sepupu pergilah sekolah tersebut bersama-sama kakak uncle. Bila sampai disekolah tersebut che gu belum tiba lagi.Maka bermainlah kanak-kanak dengan kempulan masing-masing.Uncle dengan sepupu uncle.Selepas berbicang uncle dan sepupu ambil keputusan lari balik kerumah.Bila ditanya uncle cakap bahawa che gu tak ada.Che gu terlantar dipukul orang.Maka semua orang terkejut gila.Pada perkiraan uncle telah berjaya dengan muslihat ini.Dengan tak disangka rupa-rupanya pak cik uncle telah pergi kesekolah tersebut untuk mendapat kepastian.Terbongkarlah muslihat uncle tak nak bersekolah dan terimalah habuannya.uncle dipaksa lagi kesekolah tapi uncle enggan juga.puas dipujuk dan ugutan keluarga,akhirnya mereka kecewa. Uncle telah berjaya. Masa terus berlalu tibalah pula masa yang uncle takuti iaitu bersekolah.umur uncle dah tujuh tahun.Satu hari sebelum hari pendaftaran darjah satu uncle terdengar perbicaraan emak dan ayah akan menghantar uncle kesekolah esok pagi. Pada pagi tersebut uncle bangun waktu subuh lagi dan tinggalkan rumah pergi kedalam hutan belakang rumah berbekalkan lestik.Tempat uncle bersembunyi dapat dihidu juga olih ayah.Lalu dikejarnya sampai dapat dan dibelasahnya.Akhirnya uncle bersetuju juga akan bersekolah.Sekolah uncle ialah Sekolah Kebangsaan Lati Jauhnya lebih kurang 4km dari rumah.Sekolahnya bangunan kayu ,lantai tanah dan atapnya pula atap rembia.Ada enam kelas semuanya.Guru ada lapan orang semuanya.Setiap guru akan menjaga satu kelas.Mereka mengajar semua mata pelajaran dikelas yang meraka jaga.Uncle puji guru dulu bijak-bijak sebab semua mata pelajaran mereka yang ajar tidak seperti sekarang ini.Selain dari guru derjah ada seorang guru besar dan seorang guru ugama yang dipanggil ustaz. Bermulalah uncle menjadi seorang murid sekolah.Izin dalam paksa.Perkara sperti ditadika dahulu berulang kembali.Ayah mesti ada ditepi kelas dan balik bersama.Ibubapa yang senasib seperti ayah adalah duatiga orang,bolihlah mereka berborak2.Hari demi hari keadaan masih sama.Ayah sudah putus asa dan berserah saja pada keadaan.Tugas tersebut diambil alih pula olih kakak sulung uncle.Kakak uncle ni baru saja tamat derjah enam disekolah tersebut dan tidak menyambong lagi pelajaran.Mengikut perkiraan orang tua-tua dahulu anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi sebab ia berakhir didapur juga.Akhirnya keadaan dah berubah uncle mula menunjuk minat bersekolah.Dapat ramai kawan-kawan.Dapat bermain bersama ,permainan guli,bola sepak,gelang rotan,getah,belaga buah getah.Tapi generasi baru sekarang ini tidak mengenali permainan ini.Permainan itu sajalah yang ada pada masa itu.Tiap2 hari uncle kesekolah tanpa paksaan.Terima kasih tak terhingga kepada keluarga kerana berjaya mendidik uncle dan keluar dari kalangan rakan yang buta huruf. Jam enam pagi dah bangun untuk persiapan kesekolah.Zaman uncle dahulu tiada letrik,tiada air paip,cuma air telaga,tiada tandas pagi-pagi meraba dalam kegelapan kebendang padi atau kedalam semak untuk melepaskan hajat.Berjalan kaki ayam diatas rumput berair embum sungguh sejuk rasanya.Sebelum mandi biasanya duduk sekejap ditepi unggun api untuk memanaskan badan sebelum mandi air perigi yang sangat sejuk.Begitulah kehidupan masyarakat kampung dizaman uncle.Sebelum kesekolah bersarapan pagi dengan nasi sejuk yang dihangatkan bersama telor itek goreng.Itek ternak sendiri.Sungguh sedap rasanya.Makan diwaktu perut kosong sungguh nikmat dan sedap. Pakaian sekolah baju putih seluar pendek biru manakala kasutnya putih kadang2 pakai kadang2 tidak.Perkara biasa disekolah uncle murid-murid berkaki ayam.Rambut dibasahi minyak rambut cap putri, harganya pada masa itu dua puluh saja sebotol.Perbelanjaan sekolah pada masa itu lima sen saja.tapi dengan lima sen ini dapat makan nasi.Dikantin sekolah pula disediakan satu tempayan berisi air sejuk yang diambil dari telaga,dan disediakan satu cawan.Itulah minuman murid-murid selepas bermain atau selepas makan.Bayangkan betapa dhaifnya zaman itu.Tapi tiada murid-murid sakit perut atau cerit-berit dengan meminun air yang tidak dimasak.Antibodi orang-orang zaman dahulu cukup kuat. Bila sebut bersekolah sekarang ni uncle ini cukup rajin.Pergi tanpa paksaan,wang belanja pun tak kisah ada atau tiada.Rajin datang sekolah tanpa dipaksa lagi.Bersekolah tiada beg sekolah seperti sekarang ni.Murid-murid isi buku dalam beg plastik seperti beg plastik gula dan diikat dengan getah.Bejalan kaki waktu balik sungguh mmenyeksakan ditengah perit panas matahari jam satu tengah hari.Bila lalu kawasan rumah orang berkejarlah keperigi untuk minun.Dicebuknya satu baldi air dan minunlah bergilir-gilir dengan penuh nikmat dan kepuasan.Selepas makan mulalah kegiatan bermain dengan kawan-kawan.Berjalan sana sini bersama kawan-kawan,mencari anak-anak burung didalam semak-semak atau kebendang padi cari ikan atau cari ikan laga.Sengguh seronok bila dikenangkan.Kepandaian mencari ikan laga memang ada.Uncle gunakan kelopak buluh yang bergulung dan diletakkan dalam air ditepi batas bendang padi.Waktu magrib ikan-ikan laga ini akan buat sarang ( ia buat buih )dalam kelopak buluh tadi.Lalu kita tutup dengan tangan kiri kanan kelopak buluh tersebut dan angkat keatas darat.Uncle kenal jantan atau betina ikan laga ini.Begitu juga tentang siseknya dan tanda pada pipi ikan tersebut menunjukan ia berani atau tidak.Lucukan belanjar perkara seperti ini.Begitu juga dengan ayam laga.Uncle belajar mengenal sesek dijari kaki ayam tersebut.Menentukan ayam tersebut bagus atau tidak.Tengok satu lubang dibawah kepak ayam ,jika ada satu bulu dalam lubangnya itu menunjukkan ayam itu pandai menikam lawan nya degan tajinya tepat sekali.Cara ayam berjalan,bentuk hadapan dada ayam ,paruh serta kepala ayam ada ciri-ciri rahsianya nenentukan jaguhnya.Begitu juga dengan bentuk ekornya ada rahsianya.Cara-cara bagi makanannya,tempat tidurnya yg perlu sediakan,semua uncle belajar.Disebabkan pengaruh serta minat dan keadaan masyarakat waktu itu . Berbalik kepada pelajaran pula jauh bezanya cara uncle belajar.Membaca, menulis hanya disekolah sahaja.Bila sampai rumah terus jer simpan,dan esok pagi baru buka disekolah.Ibubapa tak kisah sebab mereka sendiri buta huruf.Bagi mereka rajin pergi sekolah sudah cukup.Dan ini sudah diberi kepujian sebab rajin kesekolah.Kalau rajin pun menulis atau membaca dirumah memang tidak selesa. Tiada meja atau kerusi. kalau malam berlampukan pelita minyak tanah.Kalau mahu menulis mesti duduk meniarap atas lantai la.Disekolah uncle ini termasuk dikalangan pelajar pintar juga walau pun tidak pernah mengulangi pelajaran dirumah.Dari darjah satu samapai darjah enam uncle dapat nombor dua atau nombor tiga dalam kelas setiap penggal.Tidak melepasi dari itu.No satu tidak dapat sebab seorang murid perempuan menguasainya.tapi ia rajin dalam kelas, ia suka menulis dan membaca.Uncle selalulah terima hadiah buku tulis dan pencil dari sekolah.Bolih dipujian pehak sekolah zaman dahulu menjadikan agenda memberi hadiah pada murid-murid yang dapat nommbor satu sampai nombor tiga sebagai galakan.Walau pun hadiah tak seberapa tapi nilainya sangat besar bagi penerimanya dihari penyampaian.Walau pun uncle bolih tahan juga dalam pelajaran,tapi buku record tak pernah uncle bagi tengok pada emak ayah sepanjang persekolahan.Tandatangan ibubapa uncle buat sendiri.Uncle guna daun sireh disapu minyak masak kemudian disalai dengan asap api pelita minyak tanah.Kemudian guna dua ibujari untuk ditekapkan pada ruangan cap ibujari penjaga. Pergi sekolah dimusim hujan bermula bulan september hingga disember sangat menyedihkan murid-murid kampung seperti uncle ini.Pagi-pagi dah basah dah, bejalan dalam lumpur atas batas bedang padi,Berpayungkan daun pisang.Jarang-jarang yang ada payung kertas.Alah bisa kerana biasa.Begitu sukarnya perjalanan kesekolah.Jalan kampung uncle dibuat semasa uncle darjah satu mula dibina.Orang pertama merancang untuk buat jalan ini ia-lah seorang penduduk kampung orang panggil abang will.Dengan usahanya meminta kebenaran setiap tuan tanah maka gotong-royong pun bermula.Bolih puji masyarakat dahulu hidup bersatu.Sungguh meriah gotong-royong dilakukan ,penduduk dua tiga kampung berhampiran diundang bersama mencangkul tanah buat jalan.Kanak-kanak tidak ketinggalan termasuk uncle buat apa yang terdaya seperti mengusung tanah yg hendak ditimbus ditempat yang lembah.Selepas kerja siap dijamukan roti makan bersama kari ayam kampung.Makanan ini dibeli dengan sumbangan semua penduduk kampung.Sungguh sedap rasanya.Berbelas kali gotong royong dijalankan,kalau tidak silap uncle dah dua ekor juga lembu ditumbangkan.Hasil sumbangan2 penduduk.Bila dah nampak bentuk jalan ini,abang will tadi berusaha berjumpa wakil rakyat minta bantuan buat jalan.Terima kasih diucapkan kepada abang will ini walau pun ia buta huruf tapi pemikiran jauh kedepan.Kali pertama wakil rakyat masuk kampung bawa roti untuk penduduk gotong royong buat jalan.Lebih kurang setahun selepas kedatangan wakil rakyat barulah dihantarnya jentera buat jalan.Terbinalah jalan seadanya tanpa batu merah.Dahulu kalau jalan berbatu merah ini (batu bukit) bolih dikirakan jalan itu dah tiga bintang rasanya.Bila balik kampung melalui jalan ini yang dah bertar dah,terasa sayu dihati,mengenalkan masa silang dan besarnya pengerbanan orang-orang dahulu, begitu besar untuk genarasi sekarang. Sekadar sini saja curitan uncle dalam kenangan ini. Disini uncle nak kongsikan ubat cerit-berit dizaman uncle kanak-kanak dahulu: Akar anak pokok getah diambil dan direbus minun airnya.sangat mujarab.

Thursday 2 February 2012

SAYANG IBU




                                  

 Sungguh bertuah bagi mereka yang masih mempunyai ibubapa.Uncle ingin mengingatkan adik2 dan anak2 serta cucu2 uncle yang dikasihi agar menyanyangilah kedua2 ibubapa.Berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka.sesungguhnya jasa mereka tidak dapat dibalas dengan harta. Bayangkan lah semasa kecil tandas kita diatas ribanya.Kita tak tidur ibu tetap berjaga.Rela bersusah kerana kita.Busuk bagi orang,tapi wangi bagi mereka.Huduh pada pandangan orang,tapi cantik pada padangan mereka.Tak pernah mengeloh kesusahan kerana kita.Menjaga mendidik hingga dewasa.SAYANGILAH MEREKA selagi mereka masih ada.Uncle kehilangan bonda tercinta semasa uncle sedang meningkat remaja.Jasa bonda tak sempat dibalas kerana uncle belum bekerja.Bonda uncle pergi selama2 ketika melahir adik kembar uncle.Mereka pergi menghadap Allah bertiga.Betapa pilunya uncle rasa.Bila mereka sudah tiada ,barulah kita akan terasa. Cuba renong dan hayati satu kelohan rasa yang uncle pernah baca entah siapa empunya nya uncle tak pasti.Uncle terima dari email kawan-kawan.lalu uncle simpan.Cuma uncle tokok tambah dengan apa yang uncle rasa.




BINGKISAN HARI IBU

















Gua sayang mak 


















Aku ada pasangan hidupku sendiri…….





Bila seronok aku cari…pasanganku





Bila sedih….aku cari mak







Bila berjaya,aku cerita pada….. pasanganku




Bila gagal,aku cerita pada…..mak 






Bila bahagia,aku peluk erat……pasanganku




Bila berduka, aku peluk erat…mak 





Bila bercuti,aku bawa….pasanganku





Bila sibuk,aku hantar anak kerumah….mak 





Bila sambut valentine…aku beri hadiah pada pasanganku



Bila hari ibu…..aku cuma ucapkan ' SELAMAT HARI IBU ' 



Bila harijadi …..aku bagi hadiah pada pasanganku




Bila harijadi mak….aku Cuma ucap 'SELAMAT HARI JADI MAK'


Selalu….. aku ingat pada pasanganku





Selalu …..mak pula ingat kat aku






Bila-bila…..aku akan talipon pasanganku 





Entah bila…aku akan talipon mak 






Selalu….. aku belikan hadiah untuk pasanganku




Entah bila……aku nak beli hadiah untuk mak 




Sedikit pemberian dari pasangan ku……aku bangga tak terhingga…


Tak terkira pemberian dari mak…..aku masih tak nampak juga…


Dari sekolah rendah sampai universiti…..perbelanjaan mak sentisa bagi

Bila dah berjaya……aku nampak PTPTN saja yang beri















Renungkan lah







Semasa berlajar…..mak mahu aku ke universiti….




Setelah bekerja…….aku lupa nak hantar mak menunai haji…



Semasa berlajar…..mak fikir tentang kecukupan perbelanjaan ku


Setelah bekerja……aku lupa tentang perbelanjaan mak 



Semasa berlajar…..berada difikiran mak untuk memberi kesenangan ku

Setelah bekerja……aku tidak terfikir tentang kesusahan mak 



Semasa belajar…….mak pendamkan saja kesusahan yang dirasa…


Setelah bekerja…….mak juga tak pernah meminta




Walau susah……mak senyum dan tenang





Aku beranggap……mak sentiasa senang





Mak tak sayang memberiku……sanggup bersusah payah



Aku sayang menghulur pada mak……bimbang takut susah



Mak rasa megah dan bangga…..walau sedikit anak menghulur


Tapi aku lupa…….perasaan mak yang luhur




Tapi kalau mak……sudah tiada………..





Baru lah hati dan perasaan mula berkata





Aku rindu…..suara mu mak






MAKKKKK…..RINDU MAK……RINDU  SANGAT……



Akan aku bahagiakan mu  mak…..






Akan aku bekorban apa saja untuk mu mak





Akan aku pulang hari-hari tengok mu mak





Akan aku sentiasa disisimu mak






Akan aku buat apa saja…. asalkan mengembirakan mu mak



Akan aku tunjukkan…kasih sayangku  padamu mak..



Tapi itu semua sia-sia …..






Tidak akan jadi kenyatan sampai bila-bila 





Penyesalan…….tak terhingga….






Semakin di kenang….bercucur air mata

















pertanyaan







Berapa ramai yang sunggup menyuap ibunya….. 




Berapa ramai yang sunggup mencuci muntah ibunya...….



Berapa ramai yang sunggup menggantikan lampin ibunya….



Berapa ramai yang sunggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…..

Berapa ramai yang sunggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….


Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya…. 






































































































































































Wednesday 1 February 2012

Kenangan 1

batu buruk waktu pagi

Salam kepada semua yg sudi melawati laman Bicara Uncle Pencen.Maafkan uncle jika susunan kata dan bahasa yang serba kekurangan ini.Apa yang uncle paparkan ini lahirnya dari hati yang iklas.Curahan rasa penenang jiwa.Ungkapan kata yang tiada suara.Senang diluah tanpa malu dan ceriga. Siapakah uncle ini? Uncle ini dilahirkan di Kampung Gaung,Pasir Mas.Kelantan. Satu tahun sebelum merdeka. Disini uncle akan kongsikan bagaimana penghidupan dizaman uncle kanak-kanak dahulu . Suasana kampong masa itu,penghidupan masayarakat,sosial dan budaya.Sangat jauh perbezaan dan perubahan nya. Bila tiada tugas atau kerja yang hendak dibuat....termenung berkhayal akan bermain di minda.Berangan-angan dan khayalan menjelma silih berganti.Betapa indah dan mengasyikkan.Maklum sajalah sebab tiada bayaran.Dalam agama kita Islam melarang kita dari berkhayal dan berangan-angan sebab ia dari bisikan syaitan yang melalaikan.Memang betul jika berangan-angan dan berkhayal ,kerja tak ,menjadi.Suri-suri didapur nasi jadi mentah,lauk digoreng menjadi arang.Maafkan uncle, itu satu kenyataan.Sedar tidak sedar rupa-rupanya uncle telah mengembara jauh dizaman silam.Memory uncle menayangkan semula apa yang ada dalam lipatan sejarah. Pada zaman uncle kanak-kanak dikampung uncle ini tiada jalan raya.Bahkan bolih dikatakan keseluruhan kampung-kampung diluar bandar dimasa itu tiada jalan raya dalam ertikata yang sebenarnya.Hanya lorong-lorong kecil dipagari semak dan samun kiri-kanan sebagai laluan.Begitu juga dengan kerbau,lembu,lorong ini sebagai laluannya.Cuba adik-adik,anak-anak dan cucu-cucu uncle yang dikasihi bayangkan jika berada dizaman ini. Pergi kesekolah berjalan kaki meniti batas-batas bendang padi.Akan jatuh kedalam bendang jika berselisihan dengan kerbau yang melalui jalan yang sama.Basah ,kotor perkara biasa. Seingat uncle jalan raya dari bandar Pasir Mas kekampong Repek ada satu jalanraya berbatu merah bolih memuatkan sebuah kereta yang melaluinya.Itu semua tidak kisahlah, tiada penduduk kampung yang ada kenderaan.Motokar hanya bolih dilihat sekali sekala apabila YB yang lalu.Jalan itu kurang lebih dua kilometer dari kampung uncle.Penduduk kampung uncle dan kampung-kampung sekitarnya menggunakan jalan keretapi pergi kebandar.Mereka ,termasuk juga uncle berjalan diatas landasan keretapi untuk kebandar,lebih kurang tiga atau empat km. Berjalan tanpa kasut atau selipar perkara biasa bagi penduduk.Sebab itulah ditepi tangga setiap rumah ada tempayan bekas air untuk basuh kaki. Rutin harian penduduknya selepas solat subuh akan turun kebendang.Uncle cakapkan ini berdasar pada majoriti penduduknya bersawah.Kalau tidak silap uncle dikampung uncle orang yang bekerja atau dengan bahasa yang selalu disebut penduduk ialah makan gaji hanya tiga orang sahaja .Mereka ini hidup lebih lumayang bila dibanding dengan yang lain.Mereka bekerja sebagai buruh jalan keretapi.Tapi pada pandangan penduduk mereka ini berdarjat.Kerbau atau lembu adalah pembantu setia bagi penduduk dalam mencari rezki.Hamparan sawah adalah sebagai buku tulis yang akan ditulis dengan pena nya pembajak sawah yg ditarik olih sang setianya,kerbau atau lembu.Kaum perempuan pula termasuklah gadis-gadis cantik akan berendam didalam air berlumpur mencabut anak-anak semaian padi untuk ditanam semula kedalam petak2 yang telah dibajak. Kehidupan masyarakat dikampung sungguh akrab seperti dalam satu keluarga.Tolong menolong adalah amalan semua.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Keperihatian masyarakat sungguh terpuji.Sekiranya kita jalan-jalan dikampung berhampiran mereka akan kenal anak-anak siapa.Tapi sekarang ini kalau ditaman-taman perumahan jauh sekali mengenali jiran-jiran.Masing-masing sibuk.Uncle bersama rakan sebaya dialam kanak-kanak dahulu hobinya suka melastik burung-burung.Hutan mana yang berhampiran uncle bersama rakan tidak masuk.Bolih dikatakan semuanya sudah arif didalamnya.betapa seronoknya.Selain itu uncle juga suka bela ayam sambung.Kita sudah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling.Mencari ikan dilopak-lopak dalam bendang dimusim kemarau amat menyeronokan.Keli,haruan puyu dan sepat cukup senang kita dapat. Badan bersalut lumpur seperti kerbau, itu perkara biasa bagi kanak-kanak dikampung. Permainan seperti sekarang ini memang tiada.Bola sepak memang tiada.Apa yang kita main adalah bola katak.bermain secara berpasukan.Mengguna hujung buluh dipotong lebih kurang tiga kaki sebagai pemukul.Bola sebesar bola hoki dibuat sendiri dari getah yang ditoreh dari pokok.Paling menyeronok sekali dibulan puasa datang kesurau ramai-ramai bermain sorok-sorok dibawah chahaya bulan yang suran.Sementara menunggu orang-orang dewasa bersembahyang.Kanak-kanak tidak turut sembahyang hanya datang untuk bermain,sebab ramai kawan.Bila sembahyang selesai ,kanak-kanak ini akan masuk kesurau untuk berzikir sama-sama.Bila semua selesai dapatlah hbuan memakan kueh-mueh,yang dibawa olih jemaah yang hadhir.Dibulan puasa sahaja dapat menikmati berbagai kueh mueh,cukup sedap menyelerakan. Uncle hentikan disini dulu untuk kali ini. akan bersambung di Kenangan Part 2. Disini uncle kongsikan petua yang uncle dapat dari orang tua-tua dahulu: Merawat Rambut Gugur disebabkan olih sejenis penyakit.Kalau tidak dirawat ia bolih menjadi botak. 1. Ambil seketul Ibu Kunyit (kunyit hidup ) 2 Sedikit garam. cara-cara: Bahan-bahan tadi ditumbuk halus kemudian dilumurkan keseluruh kepala dan dibiarkan. Sebaik-baiknya elok dibuat waktu malam,dan keesokan pagi baru cucu. buatlah 2 kali seminggu setiap munggu.Inshaallah ia akan sembuh. Selamat mencuba. Kos rawatan paling menjimatkan.

http://atiepremium.blogspot.com