Thursday 2 May 2013

YANG SEJUK DAH HANGAT DAN YANG PANAS DAH MEMBARA


Salam buat semua anak cucu uncle dan sahabat2 uncle semua.Didoakan semua sihat dan diberkati Allah dalam hidup
harian kita semua.Dah lama uncle tak berbicara,tapi pagi ini terpanggil untuk mencatat sepatah dua kata.Lahir dari
hati tulus iklas.Jika ada terkasar bicara atau menyinggong perasaan para pembaca,terlebih dahulu uncle menyusun
jari sepuluh memohon maaf.Setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang berlainan cita rasa,berlainan pendapat dan berlainan fikiran.
Uncle berbicara kali ini tentang piliharaya yang menjadi bualan2 dan berita terhangat dihari ini.Akhbar2,TV dan
radio sepanjang masa berbicara hal ini.Bila duduk lebih dari seorang maka tajuk bualannya tentang pilihanraya.Tak kira lelaki atau perempuan,kanak2 atau dewasa,hal ini yang dibicara.Ini menunjukan bahawa rakyat Malaysia hari ini
dah faham tentang polotik.Diwarung2 dan kedai2 kopi dah jadi seperti dewan rakyat.Masing2 menunjukan kehebatan masing2 mempertahan kebenaran fahaman parti yang dianuti.Semasa berhujah seolah2 dia seorang saja yang pandai.Sampai bergaduh pun ada.
Ini satu kebodohan orang kita yang masih ada.Dari segi kesedaran polotik dak ada tapi berpolitik secara yang bijak masih ketinggalan.
Wakil2 rakyat dah mula masok kampung setiap cerok rantau.Begitu perihatin terhadap
rakyat.Senyum meleret dan pelbagai janji dihabur.Rumah buruk yg tak pernah pijak pun sudah datang duduk bersila dengan penuh kepura2an.Diiringi olih kaki pembodek2 yang lebih sudu dari kuah.Begitulah kenyataannya.Yang tak bersongkok akan bersongkok dan yang tak
berkopiah akan berkopiah.Yang bertahun tak kemasjid akan datang kemasjid menunjukkan kealimannya.Sampai rakyat tak nampak cacat cela mereka.Bagi mereka ini pula tak kira walau apa cara pun mereka sanggup lakukan demi cita2 dan periuk nasinya.Peluang menjadi wakil rakyat dan peluang membuat harta bukannya selalu datang.Bukan semua orang dapatpeluang seperti ini.Jadi mereka akan berjuang habis2an membujur lalu melintang patah.Bagi rakyat pula rasa bangga dan megah bila disapa olih bakal2 wakil rakyat.Merasai dirinya dikenali olih wakil2 rakyat.Perasaan khayal seperti ini menjadikan mereka memberi sokongan membabi buta.Bagi mereka yang celik IT sukar sikit
untuk diperdaya sebab mereka banyak membaca.Banyak maklumat yang diperolihi dari media masa spt blog2,facebook,tweet dan sebagainya.