Wednesday 11 July 2012

KENANGAN DIZAMAN KANAK-KANAK DAN PERSEKOLAHAN.

Jauh bezanya persekolahan dizaman ucle dahulu bila dibandingkan dengan zaman
sekarang.Anak-anak dan cucu2 uncle sungguh bertuah hidup dizaman serba cangih dan moden ini.Hidup dizaman ini penuh dengan kemodenan dan kemewahan hidup.Segala-segalanya ada,yang tak pernah terbayang difikiran uncle.Bagitu juga dengan taraf hidup anak-anak dan cucu2 uncle semua,jauh bezanya, bila dibandingkan dengan uncle dan rakan-rakan seangkatan dizaman persekolahan dulu.Uncle rasa orang-orang yang susah dizaman ini adalah sama tarafnya dengan orang yang senang atau berada dizaman uncle.Kalau dahulu orang2 yang memiliki basikal adalah mereka yang berada dan bolih dikira dengan jari.Itu pun basikal tua.Tapi hari ini orang susah pun ada memeliki beberapa basikal lebih cantik bahkan memiliki motosikal juga.Betulkan apa yang uncle perkatakan?

Pada tahun 1969 uncle mula memasuki tingkatan satu di Sekolah Menengah Lemal
Pasir Mas kelantan.Uncle bersama rakan yang ingin menyambung pelajaran berjalan kaki
untuk daftar dihari pertama.Sekolah ini untuk murid2 lelaki sahaja.Uncle rasa rakan2
yang sambung belajar tak sampai pun 1/3 dari jumlah murid darjah 6 bersama uncle dulu.Manakala murid-murid perempuan pula disekolah Menengah Perempuan Pasir Mas.Uncle rasa dalam dua atau tiga orang saja yang sambung belajar.Itulah realiti hidup dizaman uncle dulu. Belajar sekadar untuk mengenal A,B,C sahaja.

Kalau dulu uncle, murid sekolah rendah tapi kini dah jadi murid sekolah menengah pula.Beberapa perubahan telah berlaku atau dengan kata lain perubahan budaya
belajar dan cara hidup yang lebih berdisiplin.Penyusunan murid mengikut kelas bermula pada hari ketiga.Semua murid-murid tingkatan satu diadakan pepereksaan.Uncle
serta rakan-rakan menghadapi peperekasaan.Murid-murid ini akan ditempatkan ketingkatan masing-masing mengikut keputusan pepereksaan tersebut.Uncle dimasukkan tingkatan satu merah,ia-itu kelas A. Kuning untuk B .Biru untuk C dan tingkatan tercorok sekali Hijau untuk D.Dalam satu-satu tingkatan itu pula lebih kurang 40 orang murid yang ditempatkan.

Disekolah ini murid-murid tingkatan satu dan dua, sesi pembelajarannya waktu petang.Ibubapa murid2 ini termasuklah ibubapa uncle akan sibuk mencari buku2 terpakai dari keluarga murid2 yang sudah naik ketingkatan dua.Begitulah seterusnya.Kerana dapat harga lebih murah.Buku2 ini pula kadang2 sudah tiada kulit lagi,sebab beberapa kali di jual.Inilah dikatakan taraf hidup penduduk dizaman itu Perubahan sebagai seorang murid kini dah berubah dengan disiplin.Pakaian tak bolih kotor lagi.Terpaksa lah uncle mencucinya walau waktu malam.sebab pakaian uncle semuanya satu pasang saja sepanjang tahun.Kalau hari hujan kasut terpaksa basuh dan
letak dekat api didapur.Dikampung semua rumah guna dapur kayu.Walau pun minyak tanah
waktu tu satu botol besar cuma 20 sen saja.Tapi penduduk menggunakan kayu api juga.
sebab sangat susah cari wang bagi petani2.Bila sebut minyak tanah ,baru2 ini uncle
beli satu botol saiz sama dengan uncle beli dulu harganya dah rm 6.00.Cuba bayangkan
kalau kalau orang yang ada pendapatan rm 6.00 sehari sudah tentu mereka ini gulungan
terkaya kan diwaktu itu.Rambut pula mesti pendek dan bersikat.Kalau rambut panjang guru akan guting sendiri ditepi telinga dan nampak lah sebelah panjang dan sebelah pendek.Terpaksa lah bergunting semula.Upah gunting rambut masa itu hanya 25 sen saja.

Masa terus berlalu uncle berulang alik kesekolah setiap hari berjalan kaki
jer,walau pun jauh kerana biasa tak menjadi masaalah lagi.Biasa nya jam 7.30 atau
8.00 malam baru sampai rumah.Kalau nasib baik dapat tumpang kawan2 berbasikal
diseparuh jalan.Bukan uncle seorang saja berjalan kaki,ramai lagi kawan-kawan senasib.Cuba anak-anak dan cucu-cucu bayangkan,bila hari hujan,berjalan didalam kegelapan dan berjalan pula dijalan berlumpur.Sampai rumah pakaian basah,buku basah,
terpaksa lah ganggang ditepi api dapur.Bagitu juga bila pergi sekolah bertolak lebih
awal sekitar jam 10.00am lagi,walaupun belajar bermula jam 1.00 tengah hari.Baju
basah pula dengan peluh.

Bila mengenangkan masa nan lalu terasa banyak pengajaran dalam menghadapi hidup ini, lebih tabah.Rasa susah banyak memberi pengajaran kapada kita.Tidak lemah
semangat menghadapi kesesusahan.Banyak kenangan silam menjadi sejarah.Sejarah pula tak lapok dek zaman.Bila uncle kenangkan kembali,terasa macam cerita seribu satu malam pula rasanya.Walau pun menyeksakan di waktu itu,tapi menyeronokkan pula bila diimbas kembali.Keperitan hidup dari segi makanan,pakaian,kemudahan asas diterima
dengan penuh kesukuran dan kenikmatan.Kalau dulu makan nasi berlaukkan ikan masin,
berulangkan pucuk ubi rebus cecah sambal atau budu,bersayurkan rebung buluh,atau lain
sayur-sayuran kampung yang percuma.Tapi cukup menyelerakan,makan duduk bersila sekeluarga,rasa penuh dengan kepuasan kenikmatannya.Dudukan beralaskan tikar mengkuang,tiada meja makan seperti sekarang ini.Pakaian pula tak pernah berganti.
Pakaian baru pula hanya di musim raya saja dapat.Tapi rasanya cukup2 nikmat rasanya.
Walau pun pakaian itu murah berharga rm 1.50 saja.Seminggu sebelum hariraya pakaian
ini dipegang,diperhatikan hari2 .Bila sampai hari yang dinantikan itu tiba,sebelum subuh dah bagun untuk berpakaian baru.Begitulah keadaan uncle dan anak2 lain dizaman itu.Kita akan rasa cukup nikmat bila kita dapat benda yang susah dapat.Tapi anak-anak dizaman sekarang ini berpakaian baru sepanjang masa dan berjenama pula.Uncle rasa mereka ini tidak dapat merasa nikmat kepuasan yang sebenarnya.Sebab setiap benda mudah dapat akan menjadi perkara biasa.Disinilah mereka tak tahu dan merasa kepuasan sebenarnya.
Satu peristiwa yang tetap dengan kenangan dan kesannya dapat dilihat sampai hari ini.Pada suatu petang guru buat ujian ilmu hisab (matematik ),waktu hampir nak balik.Fikiran uncle dan setengah kawan2 tak dapat menumpu sepenohnya pada ujian itu
sebab fikiran ingat nak balik,hari dah gelap nak hujan.Pada pentang keesokan guru pulang balik buku ujian tersebut.Hanya beberapa orang murid saja lulus.uncle gagal dalam ujian itu.Lebih 2/3 dari kelas uncle yang gagal.Maka didenda lah kami semua
berlari atas jalan hadapan sekolah sebanyak tiga pusingan.Dalam masa berlari yang berasak-asakan itu,uncle terjatuh sebab terlanggar olih seorang rakan.Ramai yang jatuh.Uncle jatuh kebawah sekali,yang lain diatas sebab uncle orang yang dihadapan.
Bila bangun dari jatuh itu,didapati lutut kiri uncle dah terkoyak kena batu jalan.
Guru hantar uncle kehospital.Betapa takutnya uncle bila lihat jarun dan tali jahitan.
Lebih kurang dua inci juga jahitan.Guru hantar uncle balik sampai separuh jalan saja,sebab mereka takut nak jumpa ayah uncle.Reaksi ayah uncle pula biasa
saja,katanya tidak cacat sudah lah.Nasib baik lah kejadian itu dihari terakhir persekolahan,cuti penggal.Orang2 dulu bila hantar kesekolah ,maka diserah sepenuh kapada guru mendidiknya.Nak pukul ke,nak rotan ke mereka tak kisah,asal jangan cacat
sudah lah.Mereka percaya kepada guru buat itu yang terbaik.Berbeza dengan sekarang
guru selalu dipersalahkan.Guru tak bebas nak bertindak.Murid2 dulu sangat takut dengan guru.Pukul dengan pembaris,rotan,pulas telinga dan cubit,itu lah yang dilakukan kepada muridnya yang degil,malas dan juga yang gagal dalam ujian.

Dalam pepereksaan penggal terakhir uncle masih kekal lagi dikelas merah.Sekarang ditingkatan dua merah.Tingkatan dua merah ini dijaga olih seorang guru
yang garang bernama Omar.Walau pun garang dan murid2 takut padanya tapi kami semua suka kepadanya.Ia bolih dibawa berbicang dan senda gurau.Dimasa tingkatan dua ini
mimpi dan angan-angan menjadi kenyataan.Kegembiraan yang tak dapat diungkapkan olih kata-kata.Ia-itu uncle dapat memiliki sebuah basikal tua.Basikal ini ayah beli dengan harga rm 28.00 saja.Tak ada lampu,brek hanya satu saja yang ada.Pelana (tempat duduk) dah rosak dan dibungkus dengan kain buruk pula.Tapi uncle rasa cukup bersyukur dan puas hati.Supaya nampak baru uncle beli cat hitam harga 30 sen satu tin kecil dan mengecat semula.Walau buruk dan huduh pada padangan mata orang,tapi bagi uncle ia cukup cantik dan sangat sayang kepadanya.Itulah yang dikatakan kenikmatan dan kepuasan sebenar.Kegembiraan uncle bersekolah dengan berbasikal tak lama hanya beberapa bulan saja.Basikal uncle rusak patah rel (roda)depan sebab terlangar pokok semasa berlumba dengan kawan2 waktu balik sekolah.Roda dah jadi angka 8.Terpaksalah uncle memikulnya bawa balik rumah.Berjalan kaki semula lah uncle kesekolah.Basikal dapat dibaiki semula selepas naik ketingkatan 3. Apa bolih buat kelurga tak mampu untuk untuk membaikinya.Uncle cukup faham keadaan keluarga waktu itu,adik-beradik ramai,pendapatan hanya dari bertani dan kerja sampingan ayah
sebagai tukang rumah.Kerja buat rumah ini jarang2 ada,dan upahnya tak seberapa.
Jika ada loceng perhimpunan diluar jadualnya atau bukan diwaktunya itu menandakan ada perkara penting akan berlaku waktu itu.Biasanya berkaitan dengan
desiplin sekolah.Acara merotan murid2 yang melanggar desiplin dilakukan sewaktu
perhimpunan ini.Kami murid2 cukup tak suka dengan perhimpunan ini.Perasaan berdebar
dan takut menyelumbungi kami.Murid2 zaman dulu cukup takut dengan guru2nya.Tidak
seperti sekarang ini,kadang2 guru takut pada murid2.Pada padangan peribadi uncle, sestem pendidikan dan peraturan persekolahan seperti dahulu adalah lebih berkesan.Ibubapa menyerah anak2 didik dengan penuh kepercayaan dan iklas.Tiada ibubapa menyerang guru sebab anak-anaknya dihukum.Mungkin ibubapa dahulu tidak berpendidikan.Sekarang ini kebanyakan ibubapa berpendidikan tinggi dan berdudukan.Itulah sebab anak tak bolih diusik.Inilah ucle rasa satu kesilapan besar dihari ini menyebabkan keruntuhan moral dan sosial dikalangan anak2.Sebab selalu dimanja dan sentiasa maendapat pembelaan dari ibubapa walau pun bolih merusakkan masa depan terhadap anak-anak.
Sekolah uncle telah mendapat seorang guru besar baru berkelulusan universiti.
Guru2 yang berkelulusan univeristi hanya dua tiga orang saja disekolah uncle.Cukup
susah untuk mencari lepasan universiti masa itu.Mereka ini menjadi perhatian kepada
semua, termasuk masyarakat memandang tinggi kerana kelulusannya.Bila uncle naik
tingkatan tiga,guru besar baru ini telah membuat satu perubahan dalam penyusunan
murid2.Tidak lagi murid2 pandai mengikut A,B,C, D.Kali ini murid2 bijak akan dicampur dengan murid2 lemah.Uncle berada ditingkatan 3A3.System yang diguna olih
guru besar baru ini buat penyusuan semula kedudukan kelas ini sungguh berkesan.Sebab
kalau dahulu murid2 pandai akan belajar sesama mereka.Dan guru pula akan mengajar
murid2 dikelas bijak dengan pembelajaran lebih tinggi.Manakala murid2 lemah pula
duduk dalam kumpulan yang lemah.Dan cara pebelajaran yang diajar nya tak seberapa dan
jauh ketinggalan bila dibandingkan dengan kelas bijak.Ini mewujudkan jurang dan yang
lemah akan kekal lemah selama2nya.Bila dalam sistem baru ini,pembelajaran adalah
samarata.Murid yang lemah telah mendapat suntikan baru belajar bersungguh2 dan bolih
belajar dengan murid2 yang bijak bila meraka tidak faham.Tahniah uncle ucapkan pada
che yusuf porta guru besar baru,ia telah berjaya meningkatkan pemcapaian peratus kelulusan dalam pepereksaan SRP,tidak seperti tahun2 yang lepas.
Pada tahun 1971 iaitu semasa uncle ditingkatan tiga,tahun ini juga
merupakan satu perubahan besar disekolah uncle.Sekolah ini bukan lagi untuk lelaki
sahaja,pelajar tingkatan empat telah bercampur dengan pelajar perempuan.Maka murid2
bercampurlah lelaki dan perempuan sebagai permulaannya ditingkatan empat.Satu kejutan budaya baru bagi murid2 asal disini.Yang lebih matang mula lah mencari teman
walau pun sorok2.Mereka ini kebanyakkan nya murid2 tingkatan emapat dan lima sahaja.Sebab kami ditingkatan tiga kebawah adalah sebagai adik2 yang masih muda lagi
pada padangan mereka.Maklum sahaja lah selama ini sekolah berasingan antara lelaki
dan perempuan.Pada suatu hari guru buat perhimpunan luar biasa ,tengah hari sebelum
balik.Rupa2nya ada acara merotan murid2 tingkatan emapat dan lima.Cukup ramai sekali mereka dirotan.Sungguh lucu kesalahan mereka ini.Diwaktu pagi tadi ada lah hari pertama pelajar tingkatan empat ada pendidikan jasmani.Murid2 perempuan zaman uncle ini bila bersenaman pakai seluar pendik jer.Sebab zaman tu pelajar perempuan pakai
skirt dan lelaki pula seluar pendik, tidak seperti sekarang ni.Jadi pelajar2 lelaki tingkatan empat dan lima yang tidak terlibat dengan pendidikan jasmani ini bolih dikatakan hampir keseluruhannya berdiri ditepi tingkap melihat pelajar perempuan
besenaman.Walau pun waktu itu guru sedang mengajar.Lucukan....dengan kejutan budaya ini. Merotan itu sebagai pengajaran serta peringatan kepada pelajar semua.supaya
perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Dalam pepereksaan SRP uncle mendapat pangkat A. Ditahun uncle ini peratus
kelulusan agak tinggi bila dibanding dengan tahun2 sebelumnya.Ini adalah satu record
baru bagi sekolah uncle.Ditahun ini juga sekolah uncle dinaikkan taraf ia dijadikan
sekolah yang ada aliran sains pertama didaerah Pasir Mas.Uncle juga salah seorang
murid yang telah dipilih untuk mengikuti aliran sains.Jadi murid2 dari sekolah lain
yang berkelayakkan untuk aliran sains ditempatkan disekolah uncle.sekarang ni sekolah uncle mempunyai dua aliran bagi pelajar tingkatan empat.Ia-itu aliran
sastera dan aliran sains.Dua perkara baru uncle alami.Dalam kelas bercampur lelaki
dan perempuan satu perkara baru.Kedua belajar agak susah sedikit sebab sekarang ni
banyak pada mengira.Ilmu hisab tulin ,selain ilmu hisab moden dipelajari.Dalam pelajaran sains pula kajihayat,fizik dan kimia belajar lebih detil lagi.Kalau kita dialiran sastera kita belajar sains am saja.
Ditingkatan lima uncle berada dalam tingkatan 5 sains 3.Tahun ini adalah tahun
uncle menghadapi pepereksaan SPM.Tahun ini juga tahun pertama pepereksaan SPM yang pertama dalam aliran sains disekolah uncle.Belajar lah kami semua dengan tabah.Kerja dirumah agak banyak diberi guru.Mata pelajaran yang paling susah bagi uncle adalah
hisab tambahan dan fizik tulin.Dirumah uncle belajar kadang2 sampai jam tiga pagi bagi kerja2 matematik tambahan ini.sungguh menyeksakan belajar dalam cahaya pelita minyak tanah dan duduk bersila atau meniarap sebab tidak ada meja tulis.Pada satu hari uncle cuba menyelesaikan satu soalan metametik tambahan bermula dari jam lapan
malam sampai jam 3 pagi tapi tak berjaya juga.Perasaan panas hati sudah membakar dada.Buku2 tersebut uncle baling kedinding dengan perasaan marah dan kecewa.Bermula dari hari itulah uncle tidak pedulikan subjek tersebut.Bila disekolah buku2 tersebut dipunggut dan dihantar keguru.Uncle tidak lagi menghntar buku subjek tersebut kapada guru.Tidak menjadi masaalah kepada uncle,sebab tugas memungut buku dan menghantar kebilik guru adalah tugas uncle.Sebab uncle adalah ketua darjah.Dikampung tiada tempat kita hendak bertanya tentang hal pelajaran.Dikampung uncle hanya dua tiga orang saja yang belajar sampai peringkat ini pada masa itu.Kapada siapa uncle nak buat rujukan.Diantara dua tiga orang ini bolih dikatakan uncle lebih pandai sedikit dari mereka.Dikampung juga dari tingkatan satu
sampai tingkatan lima,uncle merupakan penulis,pengepos surat dan pembaca surat penduduk setempat.Sebab tiada orang yang bolih dimasa itu.Ini lah keadaan sebenar dikampung uncle waktu itu.

Uncle rasa sekadar ini saja curahan rasa dan pengalaman uncle kali ini untuk tatapan anak cucu yang uncle sayangi.Yang baik itu jadi lah pengajaran dan yang buruk pula jangan lah jadi ikutan.