Friday 14 December 2012

YANG BERKAITAN DENGAN KAABAH

Uncle akan mengulas serba sedikit tentang perkara berkaitan dengan Kaabah ini.Dari pembacaan dan kuliah dapat lah sedikit pengetahuan.Terima kasih kepada penulis2
dan ustaz2 yg menyebarkan ilmunya untuk semua.Bagi uncle walau sedikit saja ilmu yang
uncle miliki tapi rasa bangga kiranya dapat dikongsi bersama2 anak2 dan cucu uncle.
Ilmu yang sedikit itu jika disebarkan adalah lebih baik daripada memeliki ilmu yang
bertimbum tapi disimpan.
1...HAJAR ASWAD....Ia adalah batu dari syuarga.Batu warna asalnya putih terletak
disudut Timur Kaabah.Semasa pembinaan Kaabah olih Nabi Ibrahim As bersama anaknya
Ismail.Nabi memerentah anaknya Ismail mencari batu untuk diletak dalam Kaabah sebagai
penanda.Batu ini diberi olih Malaikat Jibril kapada Nabi Ismail.Sekarang ini batu ini
berwarna hitam disebabkan luruhnya dosa2 orang yang mengucupnya.
2...RUKUN YAMANI....Rukun Yamani ini ialah penjuru Kaabah yang bertempatan dengan
Rukun Hajarul Aswad bagi orang buat tawaf.
3...HIJR ISMAIL...Asalnya kawasan Hijr Ismail termasuk dalam Kaabah yang dibina olih
Nabi Ibrahim.Selepas Quraisy membina semula Kaabah ia dikeluarkan dari dalam Kaabah.Sebab itu jika solat dalam kawasan ini ,solatnya sama dengan solat dalam Kaabah.
4...MULTAZAM.....Ialah kawasan hadapan Kaabah.Duduk diantara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah.Kawasan ini sangat mustajab bila berdoa.
5....MIZAB....Ia adalah pancuran emas.Diletak sebagai laluan air dari bumbung Kaabah masuk kedalam Hijr Ismail.Tempat ini juga mustajab bila berdoa.
6....SYUZARWAN....Ia adalah jubin yang dibina dibahagian bawah dinding Kaabah.Tidak
bolih bertawaf diatasnya atau sebahagian anggota badan diatasnya,tawaf jadi tidak sah.
7....KISWAH....Ia adalah kelambu Kaabah.ukuran 658 meter persegi.Selalu diganti setiap tahun pada pagi 9 zulhijah (hari wukuf).
8....MAKAM IBRAHIM....Ia adalah batu ada kesan tapak kaki Nabi Ibrahim (bukan kubur) dan diatas batu inilah Nabi Ibrahim berdiri semasa bina Kaabah.Disini dituntut berdoa selepas sembahyang sunat tawaf.

Hingga jumpa lagi dilain bicara.salam kasih sayang dari uncle.





Friday 16 November 2012

SEJARAH KAABAH


Salam semua.Uncle akan curitkan serba sedikit tentang Kaabah yang telah uncle
dapat dari pembacaan dan juga dari kuliah2 yang uncle hadhiri.Semoga rakan2,anak2
dan cucu2 uncle dapat sedikit pengetahuan dari curitan yang tak seberapa ini.Kapada
yang lebih mengetahui uncle harap sudilah kiranya kongsikan bersama.
1....Kaabah adalah terletak dipusat bumi.Kompas tidak akan bergerak untuk menunjuk arah lagi disini.
2....Kaabah ini dibina olih Nabi Adam atas perentah Tuhan.Dalam Surah Al Imran ayat
96 bermaksud : Sesungguhnya rumah ibadat yang mula2 sekali dibina untuk manusia ialah
Baitullah diMekah yang berkat dan menjadi petunjuk umat manusia.
3....Kaabah ini pernah runtuh ketika banjir besar zaman Nabi Noh as.
4....Allah telah memerentahkan kapada Nabi Ibrahim as membina balik kaabah.Dibina
bersama anaknya Nabi Ismail as.
5....Kaabah dibaiki dengan dibuat pintu dan pasang kelambu olih raja Yaman.
6....Pembinaan bumbung Kaabah pula dibuat semasa pemerentahan Qusai bin Kilab
7....Kaabah ini dibaiki lagi olih penglima Hajjaj dizaman pemerentah Khalifah
Abdul Malik.
8....Kaabah ini dibina semula pada 1037 kerana runtuh disebabkan banjir besar diMekah.
9....Mengikut kajian ahli akademik dan sejarahwan Kaabah ini telah dibina semula
sebanyak 5 hingga 12 kali.
10...Kain penuntup atas Kaabah pula (sifarah )telah diadakan pada zaman pemerentah
sultan Abdul Aziz khan th.1290 H.
11...Kunci pintu Kaabah ini dijaga olih keturunan Bani Syaibah.


Inilah sedikit sebanyak yang uncle tahu.Sekira ada kesilapan atau kekurangan
anda semua tolong betulkan.semuga ketemu lagi.....uncle pencen.




Tuesday 13 November 2012

PERKONGSIAN ILMU DARI KULIAH

Salam untuk semua kapada sahabat2 uncle,anak2 dan cucu2 uncle yang dikasihi semua.Pada pagi ini uncle ingin kongsikan bersama sedikit ilmu dari apa yang uncle dapat dari kulih dimasjid yang uncle dengar.Walau pun tak seberapa tapi uncle rasa ia sangat berfaedah untuk kita sama2 fikirkan.
1....Tentang keadilan Tuhan..Kadang2 kita merunggut kenapa kita ini susah.Tidak dijadikan kita ini orang kaya.Orang2 kaya dapat memakan makanan yang sedap2 dan mahal
harganya.Makan sampai kenyang.Manakala orang meskin pula dapat makanan yang kurang enak dan murah pula harganya.Tapi makan sampai kenyang juga.Jadi dua2nya dapat nikmat.
Bila sudah kenyang mereka tidak timbukan lagi hal2 makanan itu samada murah atau mahal.Meskin atau kaya dah sampai matlamatnya iaitu perut kenyang.Bila sampai peringkat membuangnya pula sama2 buang ditandas dan tidak fikir lagi mahal atau murah
yang dibuang itu.Semua ditandas tempat letaknya tidak kira dari yang berdajat atau tidak..cuba renungkan.
Orang2 kaya dapat tidur diatas tilam empok yg mahal harganya.Tidur dengan lena
kadang sampai bermimpi.Manakala orang2 susah pula tidur diatas tikar,tidur dengan lena juga dan dapat mimpi juga.Bila dah tidur tidak fikir lagi atas apa mereka tidur,dua2nya dapat nikmat tidur.Tentang mimpi pula kadang yg tidur atas tikar dapat
mimpi yg lebih indah lagi.Adilkan dua2 dapt tidur sepuasnya.
2.....Tentang Berjemaah...Syaitan sangat mudah menghampiri orang yang bersendirian.
sebab itu sembahyang dituntut berjemaah.Sebagai contohnya haiwan pemangsa akan menangkap mangsa yang telah berpecah dari kumpulan.Sebab itu ia akan pecahkan dulu
dari kumpulan dan mengejar yg telah keluar dari kumpulan dan senang mendapatnya.
3....Tentang pemimpin.....Bila pemimpin2 terdiri dari orang2 yang baik maka rakyat
nya atau orang bawahannya juga akan jadi baik.Sebagai contohnya khalifah Umar Abdul
Aziz.Pada satu hari ramailah gabnor2,rakyat2 yang datang kerumahnya untuk mengandu atau meminta.Orang2itu telah lama menunggu tapi khalfah tidak keluar juga.Setelah sekian lama menunggu akhir khalifah keluar berjumpa.Maka bertanya orang2 yang menunggu itu mengapa sekian lama tak keluar.Khalifah pun minta maaf atas apa yang
berlaku.Lalu ia pun beritahu bahawa bajunya basah dan tunggu sampai kering dulu baru
keluar.Ia tiada mempunyai pakaian lain dari yang itu.Orang ramai yg datang nak
meminta tadi semuanya terus balik tanpa menyatakan hajatnya.Mereka telah berfikir
bahawa khalifah lebih meskin dari mereka.Jadi meraka tak perlu meminta.
4....Kita semua ini kaya harta bila dibanding dengan Rasulullah.Kita ini kalau mati
walau tiada harta tapi ada juga pakaian2 yang ditinggalkan.Tetapi Rasulullah walau
ia seorang pemimpin agong dunia dan kekasih Allah.Ia mati tiada2 apa2 pun harta dunia
yang ditinggalkan.

Sama2 kita renongkan dan amabil mana2 yang bolih menjadi pengajaran buat kita
semua.Sesungguhnya Allah lebih mengetahui setiap apa yang ditentukan ini kapada
hamba.

Tuesday 6 November 2012

Perjalanan Tiada Kepastian

Dah lama rasa nya uncle tak berbicara.Pada petang ini terasa pula untuk meluahkan rasa dihati pengalaman hidup yang uncle lalui.Sekurang2nya anak cucu uncle dapat mengetahui pengalaman hidup uncle dan kawan2 senasib.Pada April 1974 keputusan SPM yang uncle lalui di umunkan.Perasaan cemas,takut mula terasa didada.Uncle gagahi juga berkayuh basikal kesekolah untuk mengetahui keputusannya.Dalam hati sentiasa berdoa agar mendapat berita gembira.
Betapa hancurnya hati uncle bila dapati uncle dapat pangkat tiga.Cuma terdapat sebelas orang saja yg dapat dua.Kemana lagi orang2 spt uncle ini hendak tuju,kalau dapat pangkat 4 atau Gce bolih lah mengulangi lagi.Tingkatan enam hanya pangkat dua
saja yg layak.Sekolah swasta banyak tapi tiada kemampuan pula.Cita2 ada,kemahuan ada
tapi kemampuan tiada.Jadilah penganggur diusia muda yg sepatutnya diisikan dengan ilmu demi masa depan.Nak minta kerja tak tahu cara dimana dan bagaimana cara.Ini sebab uncle tinggal dikampung yg jauh dari dari dunia luar.Uncle betul2 jahil dalam perkara ini.Uncle tak pernah dengar apa itu JPA,SPA.Bahkan seluruh penduduk tempat uncle tak tahu perkara ini.
Orang2 kampung dan termasuklah uncle akan berasa megah bila dapat mengenali orang2 bekerja dengan kerajaan tak kiralah apa pangkatnya sekali.Walaupun ia seorang
office boy.Itula realitinya masyarakat kampung waktu itu.Menyanjung tinggi orang
makan gaji (bahasa yg diguna olih orang kampung kapada orang bekerja).Kerja makan
gaji sangat susah.Penduduk kampung yang mahu bekerja buruh landasan keretapi pun
terpaksalah merasuahkan mandur.Bagitu juga buruh2 diJPT kena rasuah juga.Mereka yang
menerima rasuah ini bukannya berkedudukan tinggi dalam jabatan hanya sekadar mandur
atau juruteknik rendah saja.Tapi itulah hakikatnya.Ada wang mudah dapat kerja.
Nasib uncle diuji lagi dengan pemergian emak uncle ketika bersalin adik kembar pada bulan Ogos pada tahun tersebut.Betapa gelapnya dunia ini dirasa.Sungguh kerdil
nya diri ini yang tidak bermaya.Berbagai persoalan difikiran silih berganti yang
tiada penyelesaian.Tentang masaalah hidup,tentang cita2,tentang kemeskinan yang
perlu dubah,tentang keluarga.Sungguh berat mata memandang berat lagi bahu memikul.
Kesihan pada ayah yang bekerja sebagai petani menanggung keluarga yg ramai adik2
masih kecil dan bersekolah.Bersabar dan adakah harus beserah pada nasib?
Ketika bapa saudara uncle yang bekerja disingapore balik kerana kematian emak tempuh hari,uncle mengambil keputusan mengikut bapa saudara kesingapore.Pada mulanya tidak dipersetujui keluarga.Maklum sajalah usia masih muda dan tak pernah tinggal
kampung halaman.Bermulalah uncle menjadi buruh kontrek binaan di singapura dalam
usia masih muda.Perasaan gembira mula la terasa dapat memegang duit banyak yg tak
rasa sepanjang hidup yg lalu kini dapat rasa. Tapi bagi anak2 dan cucu uncle
ini soal duit itu perkara biasa,berpuluh2 bahkan beratus dalam poket tu adalah
biasa saja.
Dari gaji uncle yg tak seberapa itu dapatlah uncle membeli pakaian,hantar sedikit
kat keluarga dikampung dan sedikit2 menyimpan.Uncle rasa sungguh nikmat bekerja
stiap bulan dapat wang,beli pakaian baru,makan apa sahaja yg terasa dihati.Pakaian
apa sahaja jenama dapat dibeli.
Majikan uncle ini orang putih iatu suami penyanyi sahara yaakob (satu ketika dulu
terkenal seorang penyanyi).Merata tempat uncle pergi spt johor,kuala lumpur, pulau
pinang dan lain2 lagi.Mengikut projek yg majikan dapat.Centeralnya adalah disingapore.Pagi2 keluar dengan pakaian kontrak,dan bertopi keras naik lori tiap2hari ketempat kerja.Bolih dikatakan seluruh cerok daerah disingapore ini adalah
temapat uncle bekerja.Bahkan sampai kepulau sentosa,pulau Bukum pun uncle ada kerja
disana.Lori adalah pengakutan pekerja disini. Tiap2 pagi beratus2 lori bahkan beribu
lori membawa pekerja kontrak setiap hari.Perasaan malu naik lori disini tiada sebab
banyaknya benda ini dan perkara bagi pekerja kontrak
Semasa bekerja dikuala lumpur terasa malu juga duduk atas lori bila berhenti tepi
bas.Tapi apa bolih buat itulah rezki kita dan kerja kita yang halal.Semua orang mahu
yang terbaik,tapi nasib tidak menyembelahi.Kemudian uncle dipanggil lagi untuk kerja
disingapore.Hari2 naik lori dan bertopi kuning yg keras.Majikan telah sewa sebuah
rumah dijalan bukit timah Road,berhampiran dgn universiti singapore sebagai tempat
tinggal pekerja.
Dua tahun berlalu terlalu singkat rasanya.Satu hari uncle deman dan tak bekerja
dan tinggallah keseorangan dirumah.Berbagai2 khayalan bermain difikiran dan berbagai
angan2 silih berganti.Maklum sajalah perkara ini dimainkan olih syaitan pada orang yang lalai.Lebih2 lagi free tidak berbayar.Dalam pada itu terfikir juga olih uncle
bila sakit,tak bekerja tak ada gaji.Kalau sakit lama maknanya lamalah tak berduit.
Kerja kontrak ini memang dapat duit banyak kalau kita sihat,kuat,selain gaji ada lagi
duit over time.Bila fikir tentang duit rasa suka tapi bila fikir masa depan,fikiran
jadi buntu.Mungkin satu kesedaran untuk berubah.
Lebih kurang dua hari sihatlah uncle.Mula bekerja semula.Pagi2 naik lori lalu depan universiti.Betapa seronoknya melihat anak2 muda mengilik fail2 dan buku2 pergi
kuliah.Berpakaian bersih kemas dan mempunyai masa depan yg cerah.Perkara tersebut
selalu bermain difikiran uncle sampai membawa tidur.Uncle terfikir bagaimanakah
nasib uncle ini dimasa depan yang tiada jaminan.Uncle masih muda lagi.Perjalanan
hidup ini masih jauh yg tiada kepastian.
Setelah puas memikir perjalanan hidup ini keesokan pagi uncle mengambil keputusan berhenti kerja.Semua kawan2 terkejut gila bila dengar uncle mahu berhenti kerja dan
balik kampung.Bahkan jurutera tempat uncle berkerja itu tak setuju uncle berhenti
kerja.Dia minta uncle bercuti saja dan datang bekerja semula.Uncle juga merupakan
pekerja rajin dan bagus dalam pekerjaan.Ucle ini disukai olih kawan2 dan majikan.Keputusan telah muktamad.Ikut hati mati,ikut rasa binasa.Tapi ini adalah
ikut fikiran yg terbuka mahu perubahan.
Bila berada dikampung fikiran celaru pula.Apa harus dibuat.Akhirnya uncle mengambil keputusan belajar semula ketingkatan enam.Berbekalkan sedikit simpanan yg ada uncle belajar diinstitut karya pasir mas.Selama dua tahun uncle belajar dan mengambil pepereksaan STPM.Dalam pepereksaan tersebut uncle lulus tapi uncle tak
dapat masuk universiti sebab kelulusan uncle rendah walau pun dah cukup syaratnya.
Dulu sangat susah masuk universiti bukan seperti sekarang ini.Sekarang ini banyak
tempat bolih belajar dan ada PTPTN pula.
Uncle jadi penganggur pula kali yang kedua.Akhirnya rezki uncle diberi Tuhan dapatlah uncle bekerja dijabatan perhilitan (mergasetua)diwisma persekutuan dikota
Bharu dan akhirnya di Gua musang Kelanatan.Bila bekerja dijabatan kerajaan barulah
terbuka minda kedunia luar.Dan tahulah tentang jawatan2,kedudukan,pergaulan dan ramailah kenalan berbagai peringkat dan jawatan.Dan tahu tentang kerja2 kosong yang
perlu diminta.Tentang perentah Am yang harus dipatuhi olih pekerja dansebagainya.
Tentang persatuan sekerja juga dah tahu.Barula terasa celik pengetahuan yang
selama ini amat menyusahkan.Kini ramailah kawan2 dipelbagai jabatan.
Diperhilitan uncle bekerja selama tiga tahun sahaja.Uncle telah mendapat
tawaran dijabatan telekom malayasia pula.Bermulalah episod pengembaraan uncle.
Uncle bekerja ditelekom Kuantan.Uncle telah bertemu jodoh dengan isteri ini dikuantanlah.Dapatlah tiga orang cahaya mata.satu lelaki dan dua perempuan.Uncle
membeli rumah dikuntan.Dengan niat hati untuk menetap selama2nya disini.Manusia
hanya bolih merancang tapi Allah telah menentukannya.Setelah lebih dua puluh tahun
diKuantan uncle di tukar pula keTemerloh dan Mentakab.Lebih kurang sembilan tahun disini sampailah masanya uncle bersara.Uncle terpaksa membeli pula rumah ditemerloh
sebab anak2 nak tinggal disini pula.Anak sulong uncle bekerja dikuala lumpur.Anak
uncle yg kedua ditahun akhir Uitm Shah Alam dibulan Desember ini tamatlah pengajian.
manakala anak bongsu Uncle part six Uitm Perak.
Termenong menanti hari esok yang belum tentu lagi kepastian.Allah menentu segala2nya .Kapada anak2 dan cucu uncle jika panjang umur kita bertemu dilain bicara.Salam sayang dari uncle untuk semua.....







Wednesday 11 July 2012

KENANGAN DIZAMAN KANAK-KANAK DAN PERSEKOLAHAN.

Jauh bezanya persekolahan dizaman ucle dahulu bila dibandingkan dengan zaman
sekarang.Anak-anak dan cucu2 uncle sungguh bertuah hidup dizaman serba cangih dan moden ini.Hidup dizaman ini penuh dengan kemodenan dan kemewahan hidup.Segala-segalanya ada,yang tak pernah terbayang difikiran uncle.Bagitu juga dengan taraf hidup anak-anak dan cucu2 uncle semua,jauh bezanya, bila dibandingkan dengan uncle dan rakan-rakan seangkatan dizaman persekolahan dulu.Uncle rasa orang-orang yang susah dizaman ini adalah sama tarafnya dengan orang yang senang atau berada dizaman uncle.Kalau dahulu orang2 yang memiliki basikal adalah mereka yang berada dan bolih dikira dengan jari.Itu pun basikal tua.Tapi hari ini orang susah pun ada memeliki beberapa basikal lebih cantik bahkan memiliki motosikal juga.Betulkan apa yang uncle perkatakan?

Pada tahun 1969 uncle mula memasuki tingkatan satu di Sekolah Menengah Lemal
Pasir Mas kelantan.Uncle bersama rakan yang ingin menyambung pelajaran berjalan kaki
untuk daftar dihari pertama.Sekolah ini untuk murid2 lelaki sahaja.Uncle rasa rakan2
yang sambung belajar tak sampai pun 1/3 dari jumlah murid darjah 6 bersama uncle dulu.Manakala murid-murid perempuan pula disekolah Menengah Perempuan Pasir Mas.Uncle rasa dalam dua atau tiga orang saja yang sambung belajar.Itulah realiti hidup dizaman uncle dulu. Belajar sekadar untuk mengenal A,B,C sahaja.

Kalau dulu uncle, murid sekolah rendah tapi kini dah jadi murid sekolah menengah pula.Beberapa perubahan telah berlaku atau dengan kata lain perubahan budaya
belajar dan cara hidup yang lebih berdisiplin.Penyusunan murid mengikut kelas bermula pada hari ketiga.Semua murid-murid tingkatan satu diadakan pepereksaan.Uncle
serta rakan-rakan menghadapi peperekasaan.Murid-murid ini akan ditempatkan ketingkatan masing-masing mengikut keputusan pepereksaan tersebut.Uncle dimasukkan tingkatan satu merah,ia-itu kelas A. Kuning untuk B .Biru untuk C dan tingkatan tercorok sekali Hijau untuk D.Dalam satu-satu tingkatan itu pula lebih kurang 40 orang murid yang ditempatkan.

Disekolah ini murid-murid tingkatan satu dan dua, sesi pembelajarannya waktu petang.Ibubapa murid2 ini termasuklah ibubapa uncle akan sibuk mencari buku2 terpakai dari keluarga murid2 yang sudah naik ketingkatan dua.Begitulah seterusnya.Kerana dapat harga lebih murah.Buku2 ini pula kadang2 sudah tiada kulit lagi,sebab beberapa kali di jual.Inilah dikatakan taraf hidup penduduk dizaman itu Perubahan sebagai seorang murid kini dah berubah dengan disiplin.Pakaian tak bolih kotor lagi.Terpaksa lah uncle mencucinya walau waktu malam.sebab pakaian uncle semuanya satu pasang saja sepanjang tahun.Kalau hari hujan kasut terpaksa basuh dan
letak dekat api didapur.Dikampung semua rumah guna dapur kayu.Walau pun minyak tanah
waktu tu satu botol besar cuma 20 sen saja.Tapi penduduk menggunakan kayu api juga.
sebab sangat susah cari wang bagi petani2.Bila sebut minyak tanah ,baru2 ini uncle
beli satu botol saiz sama dengan uncle beli dulu harganya dah rm 6.00.Cuba bayangkan
kalau kalau orang yang ada pendapatan rm 6.00 sehari sudah tentu mereka ini gulungan
terkaya kan diwaktu itu.Rambut pula mesti pendek dan bersikat.Kalau rambut panjang guru akan guting sendiri ditepi telinga dan nampak lah sebelah panjang dan sebelah pendek.Terpaksa lah bergunting semula.Upah gunting rambut masa itu hanya 25 sen saja.

Masa terus berlalu uncle berulang alik kesekolah setiap hari berjalan kaki
jer,walau pun jauh kerana biasa tak menjadi masaalah lagi.Biasa nya jam 7.30 atau
8.00 malam baru sampai rumah.Kalau nasib baik dapat tumpang kawan2 berbasikal
diseparuh jalan.Bukan uncle seorang saja berjalan kaki,ramai lagi kawan-kawan senasib.Cuba anak-anak dan cucu-cucu bayangkan,bila hari hujan,berjalan didalam kegelapan dan berjalan pula dijalan berlumpur.Sampai rumah pakaian basah,buku basah,
terpaksa lah ganggang ditepi api dapur.Bagitu juga bila pergi sekolah bertolak lebih
awal sekitar jam 10.00am lagi,walaupun belajar bermula jam 1.00 tengah hari.Baju
basah pula dengan peluh.

Bila mengenangkan masa nan lalu terasa banyak pengajaran dalam menghadapi hidup ini, lebih tabah.Rasa susah banyak memberi pengajaran kapada kita.Tidak lemah
semangat menghadapi kesesusahan.Banyak kenangan silam menjadi sejarah.Sejarah pula tak lapok dek zaman.Bila uncle kenangkan kembali,terasa macam cerita seribu satu malam pula rasanya.Walau pun menyeksakan di waktu itu,tapi menyeronokkan pula bila diimbas kembali.Keperitan hidup dari segi makanan,pakaian,kemudahan asas diterima
dengan penuh kesukuran dan kenikmatan.Kalau dulu makan nasi berlaukkan ikan masin,
berulangkan pucuk ubi rebus cecah sambal atau budu,bersayurkan rebung buluh,atau lain
sayur-sayuran kampung yang percuma.Tapi cukup menyelerakan,makan duduk bersila sekeluarga,rasa penuh dengan kepuasan kenikmatannya.Dudukan beralaskan tikar mengkuang,tiada meja makan seperti sekarang ini.Pakaian pula tak pernah berganti.
Pakaian baru pula hanya di musim raya saja dapat.Tapi rasanya cukup2 nikmat rasanya.
Walau pun pakaian itu murah berharga rm 1.50 saja.Seminggu sebelum hariraya pakaian
ini dipegang,diperhatikan hari2 .Bila sampai hari yang dinantikan itu tiba,sebelum subuh dah bagun untuk berpakaian baru.Begitulah keadaan uncle dan anak2 lain dizaman itu.Kita akan rasa cukup nikmat bila kita dapat benda yang susah dapat.Tapi anak-anak dizaman sekarang ini berpakaian baru sepanjang masa dan berjenama pula.Uncle rasa mereka ini tidak dapat merasa nikmat kepuasan yang sebenarnya.Sebab setiap benda mudah dapat akan menjadi perkara biasa.Disinilah mereka tak tahu dan merasa kepuasan sebenarnya.
Satu peristiwa yang tetap dengan kenangan dan kesannya dapat dilihat sampai hari ini.Pada suatu petang guru buat ujian ilmu hisab (matematik ),waktu hampir nak balik.Fikiran uncle dan setengah kawan2 tak dapat menumpu sepenohnya pada ujian itu
sebab fikiran ingat nak balik,hari dah gelap nak hujan.Pada pentang keesokan guru pulang balik buku ujian tersebut.Hanya beberapa orang murid saja lulus.uncle gagal dalam ujian itu.Lebih 2/3 dari kelas uncle yang gagal.Maka didenda lah kami semua
berlari atas jalan hadapan sekolah sebanyak tiga pusingan.Dalam masa berlari yang berasak-asakan itu,uncle terjatuh sebab terlanggar olih seorang rakan.Ramai yang jatuh.Uncle jatuh kebawah sekali,yang lain diatas sebab uncle orang yang dihadapan.
Bila bangun dari jatuh itu,didapati lutut kiri uncle dah terkoyak kena batu jalan.
Guru hantar uncle kehospital.Betapa takutnya uncle bila lihat jarun dan tali jahitan.
Lebih kurang dua inci juga jahitan.Guru hantar uncle balik sampai separuh jalan saja,sebab mereka takut nak jumpa ayah uncle.Reaksi ayah uncle pula biasa
saja,katanya tidak cacat sudah lah.Nasib baik lah kejadian itu dihari terakhir persekolahan,cuti penggal.Orang2 dulu bila hantar kesekolah ,maka diserah sepenuh kapada guru mendidiknya.Nak pukul ke,nak rotan ke mereka tak kisah,asal jangan cacat
sudah lah.Mereka percaya kepada guru buat itu yang terbaik.Berbeza dengan sekarang
guru selalu dipersalahkan.Guru tak bebas nak bertindak.Murid2 dulu sangat takut dengan guru.Pukul dengan pembaris,rotan,pulas telinga dan cubit,itu lah yang dilakukan kepada muridnya yang degil,malas dan juga yang gagal dalam ujian.

Dalam pepereksaan penggal terakhir uncle masih kekal lagi dikelas merah.Sekarang ditingkatan dua merah.Tingkatan dua merah ini dijaga olih seorang guru
yang garang bernama Omar.Walau pun garang dan murid2 takut padanya tapi kami semua suka kepadanya.Ia bolih dibawa berbicang dan senda gurau.Dimasa tingkatan dua ini
mimpi dan angan-angan menjadi kenyataan.Kegembiraan yang tak dapat diungkapkan olih kata-kata.Ia-itu uncle dapat memiliki sebuah basikal tua.Basikal ini ayah beli dengan harga rm 28.00 saja.Tak ada lampu,brek hanya satu saja yang ada.Pelana (tempat duduk) dah rosak dan dibungkus dengan kain buruk pula.Tapi uncle rasa cukup bersyukur dan puas hati.Supaya nampak baru uncle beli cat hitam harga 30 sen satu tin kecil dan mengecat semula.Walau buruk dan huduh pada padangan mata orang,tapi bagi uncle ia cukup cantik dan sangat sayang kepadanya.Itulah yang dikatakan kenikmatan dan kepuasan sebenar.Kegembiraan uncle bersekolah dengan berbasikal tak lama hanya beberapa bulan saja.Basikal uncle rusak patah rel (roda)depan sebab terlangar pokok semasa berlumba dengan kawan2 waktu balik sekolah.Roda dah jadi angka 8.Terpaksalah uncle memikulnya bawa balik rumah.Berjalan kaki semula lah uncle kesekolah.Basikal dapat dibaiki semula selepas naik ketingkatan 3. Apa bolih buat kelurga tak mampu untuk untuk membaikinya.Uncle cukup faham keadaan keluarga waktu itu,adik-beradik ramai,pendapatan hanya dari bertani dan kerja sampingan ayah
sebagai tukang rumah.Kerja buat rumah ini jarang2 ada,dan upahnya tak seberapa.
Jika ada loceng perhimpunan diluar jadualnya atau bukan diwaktunya itu menandakan ada perkara penting akan berlaku waktu itu.Biasanya berkaitan dengan
desiplin sekolah.Acara merotan murid2 yang melanggar desiplin dilakukan sewaktu
perhimpunan ini.Kami murid2 cukup tak suka dengan perhimpunan ini.Perasaan berdebar
dan takut menyelumbungi kami.Murid2 zaman dulu cukup takut dengan guru2nya.Tidak
seperti sekarang ini,kadang2 guru takut pada murid2.Pada padangan peribadi uncle, sestem pendidikan dan peraturan persekolahan seperti dahulu adalah lebih berkesan.Ibubapa menyerah anak2 didik dengan penuh kepercayaan dan iklas.Tiada ibubapa menyerang guru sebab anak-anaknya dihukum.Mungkin ibubapa dahulu tidak berpendidikan.Sekarang ini kebanyakan ibubapa berpendidikan tinggi dan berdudukan.Itulah sebab anak tak bolih diusik.Inilah ucle rasa satu kesilapan besar dihari ini menyebabkan keruntuhan moral dan sosial dikalangan anak2.Sebab selalu dimanja dan sentiasa maendapat pembelaan dari ibubapa walau pun bolih merusakkan masa depan terhadap anak-anak.
Sekolah uncle telah mendapat seorang guru besar baru berkelulusan universiti.
Guru2 yang berkelulusan univeristi hanya dua tiga orang saja disekolah uncle.Cukup
susah untuk mencari lepasan universiti masa itu.Mereka ini menjadi perhatian kepada
semua, termasuk masyarakat memandang tinggi kerana kelulusannya.Bila uncle naik
tingkatan tiga,guru besar baru ini telah membuat satu perubahan dalam penyusunan
murid2.Tidak lagi murid2 pandai mengikut A,B,C, D.Kali ini murid2 bijak akan dicampur dengan murid2 lemah.Uncle berada ditingkatan 3A3.System yang diguna olih
guru besar baru ini buat penyusuan semula kedudukan kelas ini sungguh berkesan.Sebab
kalau dahulu murid2 pandai akan belajar sesama mereka.Dan guru pula akan mengajar
murid2 dikelas bijak dengan pembelajaran lebih tinggi.Manakala murid2 lemah pula
duduk dalam kumpulan yang lemah.Dan cara pebelajaran yang diajar nya tak seberapa dan
jauh ketinggalan bila dibandingkan dengan kelas bijak.Ini mewujudkan jurang dan yang
lemah akan kekal lemah selama2nya.Bila dalam sistem baru ini,pembelajaran adalah
samarata.Murid yang lemah telah mendapat suntikan baru belajar bersungguh2 dan bolih
belajar dengan murid2 yang bijak bila meraka tidak faham.Tahniah uncle ucapkan pada
che yusuf porta guru besar baru,ia telah berjaya meningkatkan pemcapaian peratus kelulusan dalam pepereksaan SRP,tidak seperti tahun2 yang lepas.
Pada tahun 1971 iaitu semasa uncle ditingkatan tiga,tahun ini juga
merupakan satu perubahan besar disekolah uncle.Sekolah ini bukan lagi untuk lelaki
sahaja,pelajar tingkatan empat telah bercampur dengan pelajar perempuan.Maka murid2
bercampurlah lelaki dan perempuan sebagai permulaannya ditingkatan empat.Satu kejutan budaya baru bagi murid2 asal disini.Yang lebih matang mula lah mencari teman
walau pun sorok2.Mereka ini kebanyakkan nya murid2 tingkatan emapat dan lima sahaja.Sebab kami ditingkatan tiga kebawah adalah sebagai adik2 yang masih muda lagi
pada padangan mereka.Maklum sahaja lah selama ini sekolah berasingan antara lelaki
dan perempuan.Pada suatu hari guru buat perhimpunan luar biasa ,tengah hari sebelum
balik.Rupa2nya ada acara merotan murid2 tingkatan emapat dan lima.Cukup ramai sekali mereka dirotan.Sungguh lucu kesalahan mereka ini.Diwaktu pagi tadi ada lah hari pertama pelajar tingkatan empat ada pendidikan jasmani.Murid2 perempuan zaman uncle ini bila bersenaman pakai seluar pendik jer.Sebab zaman tu pelajar perempuan pakai
skirt dan lelaki pula seluar pendik, tidak seperti sekarang ni.Jadi pelajar2 lelaki tingkatan empat dan lima yang tidak terlibat dengan pendidikan jasmani ini bolih dikatakan hampir keseluruhannya berdiri ditepi tingkap melihat pelajar perempuan
besenaman.Walau pun waktu itu guru sedang mengajar.Lucukan....dengan kejutan budaya ini. Merotan itu sebagai pengajaran serta peringatan kepada pelajar semua.supaya
perkara seperti ini tidak berulang lagi.

Dalam pepereksaan SRP uncle mendapat pangkat A. Ditahun uncle ini peratus
kelulusan agak tinggi bila dibanding dengan tahun2 sebelumnya.Ini adalah satu record
baru bagi sekolah uncle.Ditahun ini juga sekolah uncle dinaikkan taraf ia dijadikan
sekolah yang ada aliran sains pertama didaerah Pasir Mas.Uncle juga salah seorang
murid yang telah dipilih untuk mengikuti aliran sains.Jadi murid2 dari sekolah lain
yang berkelayakkan untuk aliran sains ditempatkan disekolah uncle.sekarang ni sekolah uncle mempunyai dua aliran bagi pelajar tingkatan empat.Ia-itu aliran
sastera dan aliran sains.Dua perkara baru uncle alami.Dalam kelas bercampur lelaki
dan perempuan satu perkara baru.Kedua belajar agak susah sedikit sebab sekarang ni
banyak pada mengira.Ilmu hisab tulin ,selain ilmu hisab moden dipelajari.Dalam pelajaran sains pula kajihayat,fizik dan kimia belajar lebih detil lagi.Kalau kita dialiran sastera kita belajar sains am saja.
Ditingkatan lima uncle berada dalam tingkatan 5 sains 3.Tahun ini adalah tahun
uncle menghadapi pepereksaan SPM.Tahun ini juga tahun pertama pepereksaan SPM yang pertama dalam aliran sains disekolah uncle.Belajar lah kami semua dengan tabah.Kerja dirumah agak banyak diberi guru.Mata pelajaran yang paling susah bagi uncle adalah
hisab tambahan dan fizik tulin.Dirumah uncle belajar kadang2 sampai jam tiga pagi bagi kerja2 matematik tambahan ini.sungguh menyeksakan belajar dalam cahaya pelita minyak tanah dan duduk bersila atau meniarap sebab tidak ada meja tulis.Pada satu hari uncle cuba menyelesaikan satu soalan metametik tambahan bermula dari jam lapan
malam sampai jam 3 pagi tapi tak berjaya juga.Perasaan panas hati sudah membakar dada.Buku2 tersebut uncle baling kedinding dengan perasaan marah dan kecewa.Bermula dari hari itulah uncle tidak pedulikan subjek tersebut.Bila disekolah buku2 tersebut dipunggut dan dihantar keguru.Uncle tidak lagi menghntar buku subjek tersebut kapada guru.Tidak menjadi masaalah kepada uncle,sebab tugas memungut buku dan menghantar kebilik guru adalah tugas uncle.Sebab uncle adalah ketua darjah.Dikampung tiada tempat kita hendak bertanya tentang hal pelajaran.Dikampung uncle hanya dua tiga orang saja yang belajar sampai peringkat ini pada masa itu.Kapada siapa uncle nak buat rujukan.Diantara dua tiga orang ini bolih dikatakan uncle lebih pandai sedikit dari mereka.Dikampung juga dari tingkatan satu
sampai tingkatan lima,uncle merupakan penulis,pengepos surat dan pembaca surat penduduk setempat.Sebab tiada orang yang bolih dimasa itu.Ini lah keadaan sebenar dikampung uncle waktu itu.

Uncle rasa sekadar ini saja curahan rasa dan pengalaman uncle kali ini untuk tatapan anak cucu yang uncle sayangi.Yang baik itu jadi lah pengajaran dan yang buruk pula jangan lah jadi ikutan.


Friday 17 February 2012

kasih sayang

Disini uncle nak berkongsi apa yang telah uncle baca dari email kawan2 semasa uncle bekerja dahulu.Dua kesah yang sungguh menarik untuk dijadikan iktibar kepada kita.Uncle telah simpannya begitu lama dan sekarang uncle nak kongsikan kepada pembaca blog uncle ini. PETIKAN : 'Nota Hati Seorang Lelaki' ( Pahrol Mohd Juoi ) (Inilah cerita benar. Cerita benar seorang penulis yang Berjaya. Beginilah kisahnya...) Entahlah apa yang selalu bermain pada fikiran ayah. Apabila saya ingin pulang kembali ke kota , dia kerap minta duit. Seakan-akan mendesak.... " Ada duit? Minta ayah sedikit.." Saya masih ingat waktu itu kehidupan saya terlalu sukar. Untuk mendapat seratus ringgit di dalam poket pada satu-satu masa pun payah. Kalau balik kampung selalunya duit yang ada hanya cukup-cukup tambang. Mujurlah, isteri dan anak-anak saya sudah faham. Alhamdulilah mereka 'sporting' dan tidak banyak meragam. "Emak, ayah asyik minta duit. Bukan tak mahu bagi, tapi saya memang tak ada duit," Bisik saya kepada emak. Emak seperti biasa, berwajah selamba, sukar ditembak reaksinya. " Bagilah beberapa yang ada," cadang emak pendek. "Takkan 5 ringgit?" Emak mengganguk. Saya rasa bersalah untuk memberi ayah wang sebanyak itu. Apalah yang boleh dibeli dengan wang 5 ringgit....Tapi kerana tidak mahu menghampakan harapa ayah dan ikutkan cadangan emak, saya gagahi juga memberinya. Ayah selalunya tersenyum menerima pemberian saya. Tetapi yang mengejutkan ialah apabila kami sekeluarga berada dalam perut bas dalam perjalanan pulang ke kota . Di kocek anak saya sudah terselit wang sepuluh ringgit. Siapa yang bagi kalau bukan ayah? 10 tolak 5, saya masih 'untung' 5 ringgit. Geli hati mengenangkannya. Begitulah selalunya tahun demi tahun. Apabila kami pulang ziarah ke kampung, saya akan memberi pemintaan ayah. Kengkadang terlupa, tetapi ayah akan selalu mengigatkan. Akhirnya, saya memang sediakan peruntukan khas untuk diberikan kepada ayah setiap kali pulang kampung. Kedudukan ekonomi saya yang masih goyah kekadang hanya mengizinkan wang dua ringgit untuk diberikan kepada ayah. Ironinya, ayah tetap dengan pemintaannya dan tetap tersenyum apabila menerima. Tidak kira berapa jumlahnya. Emak terus-terusan selamba. Saya masih sukar menandingi ketajaman rasa seorang isteri (emak) dalam memahami hati suaminya (ayah). Begitupun setiap kali dalam perjalanan pulang, kocek anak saya akan jadi sasaran. Kekadang itulah duit pelengkap membeli tiket pulang. Ayah akan setiap memasukkan duit yang melebihi jumlah saya berikan kepadanya. Saya tidak mengambil masa lama untuk memahami apa maksud tersirat disebalik perlakuan ayah itu. Dia meminta wang pada saya bukan kerana 'tidak ada', tetapi dia ada sesuatu yang lebih besar ingin dicapainya atau disampaikannya. Namun, secara bertahap-tahap buku tulisan saya semakin mendapat sambutan. Bukan itu sahaja, perniagaan yang saya mulakan secara kecil-kecilan semakin membesar. Kalau dulu kami pulang ke kampung dengan bas, tetapi selepas beberapa tahun saya pulang dengan kereta milik sendiri. Saya masih ingat komen ayah ketika saya pulang dengan kereta kecil Kancil milik kami sendiri. "Nanti, besarlah kereta kamu ini...." ujur ayah senyum. Apapun saya tetap memenuhi permintaan ayah setiap kali pulang ke kampung. Wang saya dahulukan kepadanya. Dan ayah juga konsisten dengan sikapnya, ada sahaja wang yang diselitkan dalam kocek anak saya. " Eh tak payahlah ayah..." sekarang saya mula berani bersuara. Ekonomi keluarga sudah agak stabil. Malu rasanya mengambil duit ayah walaupun perantaraan pemberian datuk kepada cucunya. Saya tahu dan sedar, hakikatnya ayah hendak memberi kepada saya sejak dulu, tetapi sengaja atau tidak ingin saya merasa segan, duit diberi melalui anak. "Kenapa, dah kaya?" usik ayah. Hendak tak hendak, duit dikocek anak tetap diselitkannya. Cuma sekarang bezanya, duit itu tidak lagi 'dikebas' oleh saya. Dan dalam hati, saya mula berasa senang kerana jumlah yang saya berikan kepada ayah, kini sudah melebihi apa yang mampu diselitkan ke kocek anak saya. Tidak semacam dulu lagi, duit pemberian ayah kepada anak saya sentiasa melebihi duit pemberian saya kepadanya. Masin sungguh mulut ayah. Tidak sampai tiga tahun, kami bertukar kereta!. Di samping menulis, saya menjadi penerbit. Perniagaan semakin rancak. Oleh sebab bilangan anak bertambah dan keperluan kerja yang meningkat saya sudah membeli MPV utuk kegunaan harian. Anak-anak mula menjejak menara gading. Kehidupan semakin laju dan aktiviti semakin rancak. Namun sibuk sekalipun saya tetap pulang menziarahi ayah dan ibu. Anehnya ayah tetap memberi kepada anak saya walaupun kini saya telah dikenali sebagai korporat yang berjaya. Rupa-rupanya, ayah memberi bukan kerana kekurangan atau kelebihan kami, tetapi dia MEMBERI KERANA ALLAH. Mencontohi Allah al-Wahhab itu! Anda ingin tah apa pesan penulis itu kepada saya? Ya, mari kongsi bersama : " Kini aku benar-benar faham bahawa ibu ayah yang tua bukan beban dalam kehidupan di dunia, lebih-lebih lagi dalam kehidupan di akhirat. Mereka bukan 'liabiliti' tetapi sebenarnya aset untuk kita (walaupun istilah itu sebenarnya kurang atau tidak tepat kerana ibubapa bukan benda). Rugi betul siapa yang mempunyai ibu bapa yang telah tua tetapi mengabaikannya. "memberi kepada ibu bapa hakikatnya memberi kepada diri sendiri. Walaupun itu bukan niat kita ketika memberi, tetapi percayalah rezeki berganda akan pulang kepada kita semula. DOA MEREKA MUSTAJAB. Harapan mereka kenyataan. Kasih mereka bekalan. Benarlah sepertimana sabda Rasulullah s.a.w, keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibu bapa Baiklah, inilah sebenarnya rahsia 'perniagaan' yang jarang-jarang diperkatakan oleh tokoh korporat. Juga tidak pernah ditulis dalam mana-mana buku perniagaan. Masih punya ibubapa? MEMBERILAH KEPADA MEREKA. Tidak ada? Tidak mengapa, memberilah kepada anak-anak anda. Tidak ada juga? Memberilah kepada sesiapa sahaja Kita sentiasa berfikir untuk memberi Memberi kepada orang lain bererti memberi kepada diri kita sendiri walaupun itu bukan maksud kita ketika mula memberi! Sahabat sekelian, ___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Cerita dibawah menjadi IBRAH bagi kita semua. Apa yang paling utama dalam memberikan khidmat terakhir kpd ibu ayah ialah MEMANDIKAN JENAZAHNYA, MENGKAPANKAN TUBUH MULIANYA, MENYEMBAHYANGKAN JENAZAH NYA DAN MENGKEBUMIKAN JENAZAHNYA. Lakukan dengan tangan2 kita sebagai anak2. Lakukan sahabat, lakukannya jika ditakdirkan ibu ayah kita meninggal dunia. Saya menangis apabila ada sahabat saya menceritakan bagaimana ibu kepada Tuan Guru Dr Harun Din meninggal dunia. Bacalah sahabat pengalaman Dr Harun Din dan keluarganya. Jiran kpd ibu Dr Harun Din (DrHD) menziarah ibunya pada waktu petang selepas asar. beliau memberi salam tetapi tak menyahut salamnya. Beberapa kali salam diberikan tapi tak ada jawapan. Maka jirannya itu mencari ruang mencari ibu DrHD, akhirnya terlihat ibunya sedang sujud dalam solat. lalu jiran ini balik ke rumah dahulu. beberapa minit kemudian, datang semula berjumpa ibu DRHD, dilihatnya masih sujud. firasat jirannya, ini ada yang tak kena. Lalu masuk ke rumah utk melihat dr dekat ibu DrHD. Rupa2nya, ibu DrHD telah kembali ke rahmatullah dalam masa ibunya sujud menghadap Allah. Ya Allah mulianya kematian ibu DrHD. Perkara yg paling comel yg dilakukan keluarga DrHD ialah, menyempurnakan dgn tangan2 anak2 jenazah ibunya. Mandikan ibu, kapan ibu, sembahyangkan ibu dan kebumikan tanpa diusik orang lain ke atas tubuh ibunya. Ada jiran2 yg ingin melakukannya tetapi ditolak oelh Dr Harun Din, hasan Din dan Ishak Din dengan hujjah, "BERILAH SAYA SEKELUARGA PELUANG MEMBUAT KHIDMAT YG TERAKHIR UTK IBU". Ketika huja itu diberikan, seluruh masyarakat yg hadir melinangkan air mata kerana tawaaduk dan alimnya anak2 ibu itu. Paling menyayatkan hati masyarakat adalah apabila ketiga2 adik beradik ini iaitu Harun Din, Hasan Din dan Ishak Din turun sendiri ke lubang lahad mengebumikan jenazah ibunya. Ada beberapa orang yg hadir, memohon dan berkata,"Wahai Tuan Guru, biarlah kami buat semuanya ini menurunkan jenazah ibu Tuan Guru." Permintaan ini ditolak oleh DrHD dgn hujah yg sama "Berilah kami adik beradik peluang mengebumikan jenazah ibu ini kali terakhir". Seluruh yg hadir di kuburan ketika itu, mencurahkan airmata tawadduk di atas akhlak anak2 ibu yang diasuh hingga se"alim" sedemikian. Peristiwa ini disempurnakan hingga selesai. HEBAT IBU ini membina akhlak dan keilmuan anak-anak mereka, maka tidak hairanlah kita semua bahawa DrHD , hasan Din dan Ishak Din memang disegani oelh kawan dan lawan di Bumi Malaysia ini kerana "AKHLAK"nya yang mulia dan ALIM nya mereka. Terus terang sahabat, ketika saya mendengar cerita ini, air mata saya melinang apabila tergambar ketika saya dan 11 orang adik beradik menguruskan jenazah ibu bersama Feb 2009 yang lalu. Ya Allah, rahmatilah ibu kami semua. Rahmatilah mereka dan Ampunkanlah kami. Wallahu A'lam. Baca hayati, selami dan insafi...... Amalkan, doa ibu bapa amat mustajab... Bahagia dunia akhirat... Klu baca seumpama menjirus air di daun keladi, lebih baik baca tajuk aje... Pengakhir kata uncle nak kongsikan tentang khasiat rempah ratus dalam gulai. Biasanya tiada orang memakan repah ratus dalam gulai.cuma makan kuahnya sahaja. Amalkan memakan apa saja rempah ratus yg telah dimasak gulai termasuk asam keping sekali.Jika digigit serangga seperti lipan tidak memberi kesan pada kita.Walau pun sakit tapi ia tidak mudharat.sila amakan

Part2

Sebelum ini uncle ceritakan kampung uncle tiada jalan raya.Jalanraya dikampung uncle dibuat seinggat uncle semasa uncle baru masuk darjah satu.Bila sebut hal persekolahan teringatlah uncle perihal penerimaan pembelajaran permulaan.Dikampung uncle masa itu ada sekolah dewasa.Untuk mendidik penduduk supaya tidak buta huruf.Bangunannya dibuat dari buluh.Orang2 dulu panggil bangsal,lebih kurang kandang kambing jer.Olih kerana tiada sambutan bangsal tersebut jadikan pula sekolah untuk mendidik anak-anak.Kalau sekarang ni sekolah tadika la.Uncle salah seorang daripada muridnya seramai lebih kurang lima belas orang temasuklah kakak uncle.Pada mulanya uncle tak nak mengikutinya.Umur pada masa itu baru enam tahun.Uncle suka berkawan dengan kanak-kanak yang tak bersekolah.Pagi-pagi lagi kawan2 datang ajak melestik burung atau menyambung ayam.Makan minun pagi tak kisah.Uncle dipaksa olih keluarga supaya bersekolah.Olih sebab ketakutan dan kena pukul maka uncle dan sepupu uncle (arwah)terpaksa mengikuti persekolahan tersebut.Dulu tak ada buku,cuma ada papan selik dan pencilnya pula kalam batu.Bila tulis atau corit apa-apa ia akan dapat lihat warna putih tempat ditulis.Papan tersebut warna hitam.Besarnya lebih kuran satu kaki jer.Bila nak padam gosok jer dengan tangan,ia akan hilang. Hari pertama dihantar olih ayahanda.Tapi kena tunggu sampai habis kelas dan balik bersama.Hari kedua sama seperti hari pertama.Hari ketiga selepas dipujuk,uncle dan sepupu pergilah sekolah tersebut bersama-sama kakak uncle. Bila sampai disekolah tersebut che gu belum tiba lagi.Maka bermainlah kanak-kanak dengan kempulan masing-masing.Uncle dengan sepupu uncle.Selepas berbicang uncle dan sepupu ambil keputusan lari balik kerumah.Bila ditanya uncle cakap bahawa che gu tak ada.Che gu terlantar dipukul orang.Maka semua orang terkejut gila.Pada perkiraan uncle telah berjaya dengan muslihat ini.Dengan tak disangka rupa-rupanya pak cik uncle telah pergi kesekolah tersebut untuk mendapat kepastian.Terbongkarlah muslihat uncle tak nak bersekolah dan terimalah habuannya.uncle dipaksa lagi kesekolah tapi uncle enggan juga.puas dipujuk dan ugutan keluarga,akhirnya mereka kecewa. Uncle telah berjaya. Masa terus berlalu tibalah pula masa yang uncle takuti iaitu bersekolah.umur uncle dah tujuh tahun.Satu hari sebelum hari pendaftaran darjah satu uncle terdengar perbicaraan emak dan ayah akan menghantar uncle kesekolah esok pagi. Pada pagi tersebut uncle bangun waktu subuh lagi dan tinggalkan rumah pergi kedalam hutan belakang rumah berbekalkan lestik.Tempat uncle bersembunyi dapat dihidu juga olih ayah.Lalu dikejarnya sampai dapat dan dibelasahnya.Akhirnya uncle bersetuju juga akan bersekolah.Sekolah uncle ialah Sekolah Kebangsaan Lati Jauhnya lebih kurang 4km dari rumah.Sekolahnya bangunan kayu ,lantai tanah dan atapnya pula atap rembia.Ada enam kelas semuanya.Guru ada lapan orang semuanya.Setiap guru akan menjaga satu kelas.Mereka mengajar semua mata pelajaran dikelas yang meraka jaga.Uncle puji guru dulu bijak-bijak sebab semua mata pelajaran mereka yang ajar tidak seperti sekarang ini.Selain dari guru derjah ada seorang guru besar dan seorang guru ugama yang dipanggil ustaz. Bermulalah uncle menjadi seorang murid sekolah.Izin dalam paksa.Perkara sperti ditadika dahulu berulang kembali.Ayah mesti ada ditepi kelas dan balik bersama.Ibubapa yang senasib seperti ayah adalah duatiga orang,bolihlah mereka berborak2.Hari demi hari keadaan masih sama.Ayah sudah putus asa dan berserah saja pada keadaan.Tugas tersebut diambil alih pula olih kakak sulung uncle.Kakak uncle ni baru saja tamat derjah enam disekolah tersebut dan tidak menyambong lagi pelajaran.Mengikut perkiraan orang tua-tua dahulu anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi sebab ia berakhir didapur juga.Akhirnya keadaan dah berubah uncle mula menunjuk minat bersekolah.Dapat ramai kawan-kawan.Dapat bermain bersama ,permainan guli,bola sepak,gelang rotan,getah,belaga buah getah.Tapi generasi baru sekarang ini tidak mengenali permainan ini.Permainan itu sajalah yang ada pada masa itu.Tiap2 hari uncle kesekolah tanpa paksaan.Terima kasih tak terhingga kepada keluarga kerana berjaya mendidik uncle dan keluar dari kalangan rakan yang buta huruf. Jam enam pagi dah bangun untuk persiapan kesekolah.Zaman uncle dahulu tiada letrik,tiada air paip,cuma air telaga,tiada tandas pagi-pagi meraba dalam kegelapan kebendang padi atau kedalam semak untuk melepaskan hajat.Berjalan kaki ayam diatas rumput berair embum sungguh sejuk rasanya.Sebelum mandi biasanya duduk sekejap ditepi unggun api untuk memanaskan badan sebelum mandi air perigi yang sangat sejuk.Begitulah kehidupan masyarakat kampung dizaman uncle.Sebelum kesekolah bersarapan pagi dengan nasi sejuk yang dihangatkan bersama telor itek goreng.Itek ternak sendiri.Sungguh sedap rasanya.Makan diwaktu perut kosong sungguh nikmat dan sedap. Pakaian sekolah baju putih seluar pendek biru manakala kasutnya putih kadang2 pakai kadang2 tidak.Perkara biasa disekolah uncle murid-murid berkaki ayam.Rambut dibasahi minyak rambut cap putri, harganya pada masa itu dua puluh saja sebotol.Perbelanjaan sekolah pada masa itu lima sen saja.tapi dengan lima sen ini dapat makan nasi.Dikantin sekolah pula disediakan satu tempayan berisi air sejuk yang diambil dari telaga,dan disediakan satu cawan.Itulah minuman murid-murid selepas bermain atau selepas makan.Bayangkan betapa dhaifnya zaman itu.Tapi tiada murid-murid sakit perut atau cerit-berit dengan meminun air yang tidak dimasak.Antibodi orang-orang zaman dahulu cukup kuat. Bila sebut bersekolah sekarang ni uncle ini cukup rajin.Pergi tanpa paksaan,wang belanja pun tak kisah ada atau tiada.Rajin datang sekolah tanpa dipaksa lagi.Bersekolah tiada beg sekolah seperti sekarang ni.Murid-murid isi buku dalam beg plastik seperti beg plastik gula dan diikat dengan getah.Bejalan kaki waktu balik sungguh mmenyeksakan ditengah perit panas matahari jam satu tengah hari.Bila lalu kawasan rumah orang berkejarlah keperigi untuk minun.Dicebuknya satu baldi air dan minunlah bergilir-gilir dengan penuh nikmat dan kepuasan.Selepas makan mulalah kegiatan bermain dengan kawan-kawan.Berjalan sana sini bersama kawan-kawan,mencari anak-anak burung didalam semak-semak atau kebendang padi cari ikan atau cari ikan laga.Sengguh seronok bila dikenangkan.Kepandaian mencari ikan laga memang ada.Uncle gunakan kelopak buluh yang bergulung dan diletakkan dalam air ditepi batas bendang padi.Waktu magrib ikan-ikan laga ini akan buat sarang ( ia buat buih )dalam kelopak buluh tadi.Lalu kita tutup dengan tangan kiri kanan kelopak buluh tersebut dan angkat keatas darat.Uncle kenal jantan atau betina ikan laga ini.Begitu juga tentang siseknya dan tanda pada pipi ikan tersebut menunjukan ia berani atau tidak.Lucukan belanjar perkara seperti ini.Begitu juga dengan ayam laga.Uncle belajar mengenal sesek dijari kaki ayam tersebut.Menentukan ayam tersebut bagus atau tidak.Tengok satu lubang dibawah kepak ayam ,jika ada satu bulu dalam lubangnya itu menunjukkan ayam itu pandai menikam lawan nya degan tajinya tepat sekali.Cara ayam berjalan,bentuk hadapan dada ayam ,paruh serta kepala ayam ada ciri-ciri rahsianya nenentukan jaguhnya.Begitu juga dengan bentuk ekornya ada rahsianya.Cara-cara bagi makanannya,tempat tidurnya yg perlu sediakan,semua uncle belajar.Disebabkan pengaruh serta minat dan keadaan masyarakat waktu itu . Berbalik kepada pelajaran pula jauh bezanya cara uncle belajar.Membaca, menulis hanya disekolah sahaja.Bila sampai rumah terus jer simpan,dan esok pagi baru buka disekolah.Ibubapa tak kisah sebab mereka sendiri buta huruf.Bagi mereka rajin pergi sekolah sudah cukup.Dan ini sudah diberi kepujian sebab rajin kesekolah.Kalau rajin pun menulis atau membaca dirumah memang tidak selesa. Tiada meja atau kerusi. kalau malam berlampukan pelita minyak tanah.Kalau mahu menulis mesti duduk meniarap atas lantai la.Disekolah uncle ini termasuk dikalangan pelajar pintar juga walau pun tidak pernah mengulangi pelajaran dirumah.Dari darjah satu samapai darjah enam uncle dapat nombor dua atau nombor tiga dalam kelas setiap penggal.Tidak melepasi dari itu.No satu tidak dapat sebab seorang murid perempuan menguasainya.tapi ia rajin dalam kelas, ia suka menulis dan membaca.Uncle selalulah terima hadiah buku tulis dan pencil dari sekolah.Bolih dipujian pehak sekolah zaman dahulu menjadikan agenda memberi hadiah pada murid-murid yang dapat nommbor satu sampai nombor tiga sebagai galakan.Walau pun hadiah tak seberapa tapi nilainya sangat besar bagi penerimanya dihari penyampaian.Walau pun uncle bolih tahan juga dalam pelajaran,tapi buku record tak pernah uncle bagi tengok pada emak ayah sepanjang persekolahan.Tandatangan ibubapa uncle buat sendiri.Uncle guna daun sireh disapu minyak masak kemudian disalai dengan asap api pelita minyak tanah.Kemudian guna dua ibujari untuk ditekapkan pada ruangan cap ibujari penjaga. Pergi sekolah dimusim hujan bermula bulan september hingga disember sangat menyedihkan murid-murid kampung seperti uncle ini.Pagi-pagi dah basah dah, bejalan dalam lumpur atas batas bedang padi,Berpayungkan daun pisang.Jarang-jarang yang ada payung kertas.Alah bisa kerana biasa.Begitu sukarnya perjalanan kesekolah.Jalan kampung uncle dibuat semasa uncle darjah satu mula dibina.Orang pertama merancang untuk buat jalan ini ia-lah seorang penduduk kampung orang panggil abang will.Dengan usahanya meminta kebenaran setiap tuan tanah maka gotong-royong pun bermula.Bolih puji masyarakat dahulu hidup bersatu.Sungguh meriah gotong-royong dilakukan ,penduduk dua tiga kampung berhampiran diundang bersama mencangkul tanah buat jalan.Kanak-kanak tidak ketinggalan termasuk uncle buat apa yang terdaya seperti mengusung tanah yg hendak ditimbus ditempat yang lembah.Selepas kerja siap dijamukan roti makan bersama kari ayam kampung.Makanan ini dibeli dengan sumbangan semua penduduk kampung.Sungguh sedap rasanya.Berbelas kali gotong royong dijalankan,kalau tidak silap uncle dah dua ekor juga lembu ditumbangkan.Hasil sumbangan2 penduduk.Bila dah nampak bentuk jalan ini,abang will tadi berusaha berjumpa wakil rakyat minta bantuan buat jalan.Terima kasih diucapkan kepada abang will ini walau pun ia buta huruf tapi pemikiran jauh kedepan.Kali pertama wakil rakyat masuk kampung bawa roti untuk penduduk gotong royong buat jalan.Lebih kurang setahun selepas kedatangan wakil rakyat barulah dihantarnya jentera buat jalan.Terbinalah jalan seadanya tanpa batu merah.Dahulu kalau jalan berbatu merah ini (batu bukit) bolih dikirakan jalan itu dah tiga bintang rasanya.Bila balik kampung melalui jalan ini yang dah bertar dah,terasa sayu dihati,mengenalkan masa silang dan besarnya pengerbanan orang-orang dahulu, begitu besar untuk genarasi sekarang. Sekadar sini saja curitan uncle dalam kenangan ini. Disini uncle nak kongsikan ubat cerit-berit dizaman uncle kanak-kanak dahulu: Akar anak pokok getah diambil dan direbus minun airnya.sangat mujarab.

Thursday 2 February 2012

SAYANG IBU




                                  

 Sungguh bertuah bagi mereka yang masih mempunyai ibubapa.Uncle ingin mengingatkan adik2 dan anak2 serta cucu2 uncle yang dikasihi agar menyanyangilah kedua2 ibubapa.Berilah perhatian sepenuhnya kepada mereka.sesungguhnya jasa mereka tidak dapat dibalas dengan harta. Bayangkan lah semasa kecil tandas kita diatas ribanya.Kita tak tidur ibu tetap berjaga.Rela bersusah kerana kita.Busuk bagi orang,tapi wangi bagi mereka.Huduh pada pandangan orang,tapi cantik pada padangan mereka.Tak pernah mengeloh kesusahan kerana kita.Menjaga mendidik hingga dewasa.SAYANGILAH MEREKA selagi mereka masih ada.Uncle kehilangan bonda tercinta semasa uncle sedang meningkat remaja.Jasa bonda tak sempat dibalas kerana uncle belum bekerja.Bonda uncle pergi selama2 ketika melahir adik kembar uncle.Mereka pergi menghadap Allah bertiga.Betapa pilunya uncle rasa.Bila mereka sudah tiada ,barulah kita akan terasa. Cuba renong dan hayati satu kelohan rasa yang uncle pernah baca entah siapa empunya nya uncle tak pasti.Uncle terima dari email kawan-kawan.lalu uncle simpan.Cuma uncle tokok tambah dengan apa yang uncle rasa.




BINGKISAN HARI IBU

















Gua sayang mak 


















Aku ada pasangan hidupku sendiri…….





Bila seronok aku cari…pasanganku





Bila sedih….aku cari mak







Bila berjaya,aku cerita pada….. pasanganku




Bila gagal,aku cerita pada…..mak 






Bila bahagia,aku peluk erat……pasanganku




Bila berduka, aku peluk erat…mak 





Bila bercuti,aku bawa….pasanganku





Bila sibuk,aku hantar anak kerumah….mak 





Bila sambut valentine…aku beri hadiah pada pasanganku



Bila hari ibu…..aku cuma ucapkan ' SELAMAT HARI IBU ' 



Bila harijadi …..aku bagi hadiah pada pasanganku




Bila harijadi mak….aku Cuma ucap 'SELAMAT HARI JADI MAK'


Selalu….. aku ingat pada pasanganku





Selalu …..mak pula ingat kat aku






Bila-bila…..aku akan talipon pasanganku 





Entah bila…aku akan talipon mak 






Selalu….. aku belikan hadiah untuk pasanganku




Entah bila……aku nak beli hadiah untuk mak 




Sedikit pemberian dari pasangan ku……aku bangga tak terhingga…


Tak terkira pemberian dari mak…..aku masih tak nampak juga…


Dari sekolah rendah sampai universiti…..perbelanjaan mak sentisa bagi

Bila dah berjaya……aku nampak PTPTN saja yang beri















Renungkan lah







Semasa berlajar…..mak mahu aku ke universiti….




Setelah bekerja…….aku lupa nak hantar mak menunai haji…



Semasa berlajar…..mak fikir tentang kecukupan perbelanjaan ku


Setelah bekerja……aku lupa tentang perbelanjaan mak 



Semasa berlajar…..berada difikiran mak untuk memberi kesenangan ku

Setelah bekerja……aku tidak terfikir tentang kesusahan mak 



Semasa belajar…….mak pendamkan saja kesusahan yang dirasa…


Setelah bekerja…….mak juga tak pernah meminta




Walau susah……mak senyum dan tenang





Aku beranggap……mak sentiasa senang





Mak tak sayang memberiku……sanggup bersusah payah



Aku sayang menghulur pada mak……bimbang takut susah



Mak rasa megah dan bangga…..walau sedikit anak menghulur


Tapi aku lupa…….perasaan mak yang luhur




Tapi kalau mak……sudah tiada………..





Baru lah hati dan perasaan mula berkata





Aku rindu…..suara mu mak






MAKKKKK…..RINDU MAK……RINDU  SANGAT……



Akan aku bahagiakan mu  mak…..






Akan aku bekorban apa saja untuk mu mak





Akan aku pulang hari-hari tengok mu mak





Akan aku sentiasa disisimu mak






Akan aku buat apa saja…. asalkan mengembirakan mu mak



Akan aku tunjukkan…kasih sayangku  padamu mak..



Tapi itu semua sia-sia …..






Tidak akan jadi kenyatan sampai bila-bila 





Penyesalan…….tak terhingga….






Semakin di kenang….bercucur air mata

















pertanyaan







Berapa ramai yang sunggup menyuap ibunya….. 




Berapa ramai yang sunggup mencuci muntah ibunya...….



Berapa ramai yang sunggup menggantikan lampin ibunya….



Berapa ramai yang sunggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya…..

Berapa ramai yang sunggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya….


Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang jenazah ibunya…. 






































































































































































Wednesday 1 February 2012

Kenangan 1

batu buruk waktu pagi

Salam kepada semua yg sudi melawati laman Bicara Uncle Pencen.Maafkan uncle jika susunan kata dan bahasa yang serba kekurangan ini.Apa yang uncle paparkan ini lahirnya dari hati yang iklas.Curahan rasa penenang jiwa.Ungkapan kata yang tiada suara.Senang diluah tanpa malu dan ceriga. Siapakah uncle ini? Uncle ini dilahirkan di Kampung Gaung,Pasir Mas.Kelantan. Satu tahun sebelum merdeka. Disini uncle akan kongsikan bagaimana penghidupan dizaman uncle kanak-kanak dahulu . Suasana kampong masa itu,penghidupan masayarakat,sosial dan budaya.Sangat jauh perbezaan dan perubahan nya. Bila tiada tugas atau kerja yang hendak dibuat....termenung berkhayal akan bermain di minda.Berangan-angan dan khayalan menjelma silih berganti.Betapa indah dan mengasyikkan.Maklum sajalah sebab tiada bayaran.Dalam agama kita Islam melarang kita dari berkhayal dan berangan-angan sebab ia dari bisikan syaitan yang melalaikan.Memang betul jika berangan-angan dan berkhayal ,kerja tak ,menjadi.Suri-suri didapur nasi jadi mentah,lauk digoreng menjadi arang.Maafkan uncle, itu satu kenyataan.Sedar tidak sedar rupa-rupanya uncle telah mengembara jauh dizaman silam.Memory uncle menayangkan semula apa yang ada dalam lipatan sejarah. Pada zaman uncle kanak-kanak dikampung uncle ini tiada jalan raya.Bahkan bolih dikatakan keseluruhan kampung-kampung diluar bandar dimasa itu tiada jalan raya dalam ertikata yang sebenarnya.Hanya lorong-lorong kecil dipagari semak dan samun kiri-kanan sebagai laluan.Begitu juga dengan kerbau,lembu,lorong ini sebagai laluannya.Cuba adik-adik,anak-anak dan cucu-cucu uncle yang dikasihi bayangkan jika berada dizaman ini. Pergi kesekolah berjalan kaki meniti batas-batas bendang padi.Akan jatuh kedalam bendang jika berselisihan dengan kerbau yang melalui jalan yang sama.Basah ,kotor perkara biasa. Seingat uncle jalan raya dari bandar Pasir Mas kekampong Repek ada satu jalanraya berbatu merah bolih memuatkan sebuah kereta yang melaluinya.Itu semua tidak kisahlah, tiada penduduk kampung yang ada kenderaan.Motokar hanya bolih dilihat sekali sekala apabila YB yang lalu.Jalan itu kurang lebih dua kilometer dari kampung uncle.Penduduk kampung uncle dan kampung-kampung sekitarnya menggunakan jalan keretapi pergi kebandar.Mereka ,termasuk juga uncle berjalan diatas landasan keretapi untuk kebandar,lebih kurang tiga atau empat km. Berjalan tanpa kasut atau selipar perkara biasa bagi penduduk.Sebab itulah ditepi tangga setiap rumah ada tempayan bekas air untuk basuh kaki. Rutin harian penduduknya selepas solat subuh akan turun kebendang.Uncle cakapkan ini berdasar pada majoriti penduduknya bersawah.Kalau tidak silap uncle dikampung uncle orang yang bekerja atau dengan bahasa yang selalu disebut penduduk ialah makan gaji hanya tiga orang sahaja .Mereka ini hidup lebih lumayang bila dibanding dengan yang lain.Mereka bekerja sebagai buruh jalan keretapi.Tapi pada pandangan penduduk mereka ini berdarjat.Kerbau atau lembu adalah pembantu setia bagi penduduk dalam mencari rezki.Hamparan sawah adalah sebagai buku tulis yang akan ditulis dengan pena nya pembajak sawah yg ditarik olih sang setianya,kerbau atau lembu.Kaum perempuan pula termasuklah gadis-gadis cantik akan berendam didalam air berlumpur mencabut anak-anak semaian padi untuk ditanam semula kedalam petak2 yang telah dibajak. Kehidupan masyarakat dikampung sungguh akrab seperti dalam satu keluarga.Tolong menolong adalah amalan semua.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Keperihatian masyarakat sungguh terpuji.Sekiranya kita jalan-jalan dikampung berhampiran mereka akan kenal anak-anak siapa.Tapi sekarang ini kalau ditaman-taman perumahan jauh sekali mengenali jiran-jiran.Masing-masing sibuk.Uncle bersama rakan sebaya dialam kanak-kanak dahulu hobinya suka melastik burung-burung.Hutan mana yang berhampiran uncle bersama rakan tidak masuk.Bolih dikatakan semuanya sudah arif didalamnya.betapa seronoknya.Selain itu uncle juga suka bela ayam sambung.Kita sudah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling.Mencari ikan dilopak-lopak dalam bendang dimusim kemarau amat menyeronokan.Keli,haruan puyu dan sepat cukup senang kita dapat. Badan bersalut lumpur seperti kerbau, itu perkara biasa bagi kanak-kanak dikampung. Permainan seperti sekarang ini memang tiada.Bola sepak memang tiada.Apa yang kita main adalah bola katak.bermain secara berpasukan.Mengguna hujung buluh dipotong lebih kurang tiga kaki sebagai pemukul.Bola sebesar bola hoki dibuat sendiri dari getah yang ditoreh dari pokok.Paling menyeronok sekali dibulan puasa datang kesurau ramai-ramai bermain sorok-sorok dibawah chahaya bulan yang suran.Sementara menunggu orang-orang dewasa bersembahyang.Kanak-kanak tidak turut sembahyang hanya datang untuk bermain,sebab ramai kawan.Bila sembahyang selesai ,kanak-kanak ini akan masuk kesurau untuk berzikir sama-sama.Bila semua selesai dapatlah hbuan memakan kueh-mueh,yang dibawa olih jemaah yang hadhir.Dibulan puasa sahaja dapat menikmati berbagai kueh mueh,cukup sedap menyelerakan. Uncle hentikan disini dulu untuk kali ini. akan bersambung di Kenangan Part 2. Disini uncle kongsikan petua yang uncle dapat dari orang tua-tua dahulu: Merawat Rambut Gugur disebabkan olih sejenis penyakit.Kalau tidak dirawat ia bolih menjadi botak. 1. Ambil seketul Ibu Kunyit (kunyit hidup ) 2 Sedikit garam. cara-cara: Bahan-bahan tadi ditumbuk halus kemudian dilumurkan keseluruh kepala dan dibiarkan. Sebaik-baiknya elok dibuat waktu malam,dan keesokan pagi baru cucu. buatlah 2 kali seminggu setiap munggu.Inshaallah ia akan sembuh. Selamat mencuba. Kos rawatan paling menjimatkan.

http://atiepremium.blogspot.com

Sunday 29 January 2012

Melangkah kealam persaraan

kenangan semasa anak pertama (Azizul Razman)
   Setiap yang bermula akan berakhir juga sebagai penyudahnya.Begitulah setiap yang hidup, kematian pula sebagai noktahnya .Bagi yang bekerja  akan berakhir dengan persaraan.Inilah yang uncle ingin ungkapkan sebagai tatapan bersama.Pada tanggal 11112 (11.1.2012) adalah sebagai titik penamat bagi uncle dari seorang pekerja kepada seorang pesara.
     Pada petang hari terakhir uncle melangkah keluar dari pejabat berbagai persoalan bermain diminda.Perasaan sebak didada memang terasa.Betapa kerdil nya diri ini.Kalau dulunya uncle ini ibarat seekor ayam daging diberi makan setiap hari.Tapi bermula dari tarikh ini jadilah pula seekor ayam daging dilepaskaan keluar dari reban dibiarkan mencari makan sendiri.Kalau dahulu bermula dari jam 8 pagi uncle sibuk dengan tugas yang diamanahkan,riuh rendah dengan senda gurau rakan2 sekerja, tapi sekarang ini....ah tinggal sebagai kenangan.Penyesuaian dengan kesunyian mulalah bermula.Baru lah uncle sedar bagaimana rasanya sang isteri sebagai surirumah sepenuh masa dalam kesunyian bila sang suaminya melangkah keluar dari pintu rumah pergi kerja.Maafkan lah diri ini wahai sang isteri tersayang.Lebih dari 30 tahun menjadi penunggu setia dirumah dari jam 8 pagi sampai 6 petang sebagai rutin harian.Betapa sabarnya mu.semasa anak kecil bersekolah engkau keseorangan dirumah. Bila anak2 sudah besar melangkah kemenara gading kau tetap masih menjadi penunggu siang keseorangan juga. Bila anak sudah bekerja kau tetap kau seperti dulu juga.Bermula dari hari ini kau ada teman untuk berbicara.Senyumlah  sayang........
    Uncle merasa sedih meninggalkan rakan-rakan sekerja semuanya baik-baik dan bertimbang rasa.Uncle merasa seolah-olah dalam satu keluarga.Uncle rasa terharu dengan majlis perpisahan diadakan bagi uncle dan rakan2 seangkatan.Terima kasih kepada semua.Majlis pertama uncle hadhir ialah majlis yang diadakan  olih majikan di WPTC 3hari dua malam "Majlis Jasa Mu Dikenang Dan Penyampaian".Majlis ini bagi meraikan pekerja akan bersara seluruh Malaysia.Lebih kurang 500 bakal persara .Majlis kedua yang uncle hadhir ialah Majlis Perjumpaan Dengan Pengurusan diadakan diKuantan bagi negeri Pahang untuk persara2 dari Pahang.Manakala majlis terakhir pula Majlis Perpisahan diTemerloh diadakan olih rakan.ada 5 orang pesara termasuk uncle .Terima kasih sekali lagi uncle ucapkan .
    Siang bertukar malam dan malam bertukar siang.Uncle terjaga dari tidur tanpa mimpi.Rupa2nya dah dua
minggu uncle beristirehat.Apa ini adakah kesudahan nya?.Ini yang uncle cari jawaban yang masih belum terjawab.Uncle teringat sebuah lagu dari filem Bobby tahun 80an dulu ....diterjemahkan dalam bahasa ibunda lebih kurang bagini maksudnya.... mu dulu...mu dulu...untuk naik keretapi sehingga terlepas dari perjalanan tersebut.tanpa apa2 tindakan.Uncle tidak mahu terlepas peluang dalam mencari rezki dikala badan masih sihat dan tenaga masih ada.Peluang yang Tuhan berikan pada uncle ialah badan masih sihat.
Tapi ruang rezki dimanakah uncle perlu rebut.Kemahuan dan semangat masih berkobar...tapi uncle tak dapat membuat penyelesaian dalam beberapa persoalanan. 1. apa yang uncle perlu buat. 2. apadia  3.bagaimana. 4.dimana untuk bermula dan berakhir.Diharap padangan atau cadangan bijak pandai rakan-rakan,adik2,anak2 dan cucu-cucu uncle yang di kasihi dapat membantu uncle buat penyelesaian.  
     Gunung pun kalau dicangkul hari2 ia .akan menjadi rata juga.Ini kan simpanan uncle yang tak seberapa ini.Mujur juga lah disaat akhir uncle ada buat simpanan untuk pelajaran anak.Dua lagi anak uncle yang masih dimenara gading,diharap mengcukupilah untuk mereka,sebagai tambahan kepada pinjaman.Uncle tinggal dirumah sendiri tanpa hutang..Allhammdullilah....tidak memeningkan kepala.Kepada sesiapa yang berminat membeli rumah diKuantan bolihlah hubungi uncle,sebab uncle mahu jual rumah disana.Keluarga tak mahu balik kesana.
     Sekadar ini saja coretan uncle hari ini.Disini uncle mahu kongsi bersama cara2 merawat Gigi sakit berlubang sungguh mujarab pada .yang telah mencubanya.
1. Sedikit kapor (kapor yang diguna makan sirih)
2. Sedikit Gambir
  Cara-caranya :
               Gambir di uli bersama kapor tadi sampai sebati.
                Ambil ramuan tadi digotel bulat dan masuk dalam
                gigi berlubang tadi.Tekan sampai padat.

Note: Ia akan rasa sakit tapi sekejap saja lebih kurang 3 minit jer. Lepas tu ia terus
sembuh .biarlah ramuan dalam gigi tak perlu buang.
setengah2 mereka yang mencuba memaklumkan kepada uncle bolih sembuh sampai bertahun,
tak perlu cabut gigi.......murah ,senang, selamat.

      Sila lawati: 
      http://atiepremium.blogspot.com