Monday 3 June 2013

KEJADIAN MANUSIA PERTAMA


Salam kepada anak cucu uncle yang dikasihi.Kali ini uncle kongsikan serba
sedikit tentang kejadian manusia dimuka bumi ini ia itu ADAM.Terlebih dahulu
uncle mengucapkan terima kasih kepada ustaz-ustaz dan penulis-penulis yang telah
yang telah menyampaikan dan menyembarkan ilmu yang mereka ada kepada kita semua.
Walau pun uncle ini serba kekurangan dalam ilmu pengetahuan tapi uncle akan sampaikan
juga kapada anak2 cucu uncle, apa yang uncle dapat dari kuliah2 dan pembacaan.Walau
pun sedikit pengetahuan,tapi dah rasa besar bagi uncle kiranya dapat dikongsikan
bersama.Kapada yang lebih mengetahui bantulah uncle membetulkan kekurangan.Manakala
yang tidak mengetahui jadikan ini sebagai asas pengetahuan.
ADAM adalah manusia pertama dijadikan sebagai penghuni dimuka bumi ini.Untuk
mencipta Adam ini Allah SWT telah memerentahkan Malaikat Jibril turun kebumi untuk
ambil tanahnya untuk dijadikan Adam.Tetapi bumi tidak mengizimkan malaikat Jibril
mengambilnya.Bumi bimbang takut manusia yang dicipta darinya itu, akan datang
melakukan maksiat kepada Allah.Lalu Jibril balik dan menyampaikan kepada Allah
tentang keputusan Bumi itu.
Allah memerentahkan pula Malaikat Mikail turun kebumi dan mengambil tanah darinya.Malaikat Mikail ini pun gagal juga, bumi bagi alasan yang sama seperti
diberi kapada Jibril dahulu.Malaikat Mikail kembali dan menyampaikan kepada
Allah tentang keputusan bumi itu.
Akhirnya Allah memerentah malaikat Izrail pula turun kebumi ini mengambil tanah.
Bumi tetap dengan keputusan tidak membenarnya diambil.Tetapi malaikat Izrail tidak
mengalah,ia tidak akan balik jika tidak dapat menyempurnakan perentah Allah ini.Akhir
nya bumi mengalah dan membenarkan malaikat Izrail mengambilnya.
Sebab malaikat Izrail inilah yang berjaya ambil tanah dibumi ini untuk diciptanya
manusia,maka Allah telah menugaskan pula Malaikat Izrail ini juga yang akan mencabutkan roh manusia.
Malaikat Izrail ini sungguh bimbang takut nanti dibencikan olih umat manusia kerana
dia yang mencabut roh.Lalu Allah berfirman "Mereka tidak akan memusuhi kamu,Aku
mengaturkan menjadi kematian manusia itu bersebab."(spt sakit,terbunuh,terbakar dan
sebagainya ).

JENIS2 TANAH YG DIAMBIL:
Tanah dari BAITUL-MUQADIS dijadikan sebagai kepala.
Tanah dari BUKIT THURSINA dijadikan telinga.
Tanah dari IRAQ dijadikan dahi.
Tanah dari ADEN dijadikan muka Adam.
Tanah dari TELAGA AL-KAUTSAR dijadikan mata Adam.
Tanah AL-KAUTSAR pula dijadikan gigi adam.
Tanah dari KAABAH dijadikan tangan kanan Adam.
Tanah dari Paris dijadikan tangan kiri Adam.
Tanah BABYLON pula dijadikan perut Adam.
Tanah Bukit Thursina dijadikan tulang Adam
Tanah dari India dijadikan kedua2 kaki Adam
Tanah syurga Firdaus dijadikan hati Adam
Tanah Thaif dijadikan hati Adam
Tanah2 ini dicampurkan dengan air masin,air tawar,air hanyir,angin dan api.Allah
resapkan Nur kebenaran dengan berbagai sifat.
Tubuh Adam diganggang dengan genggaman " Jabarut " dan diletakkan dalam alam "Malakut".
Tanah ini sebelum dijadikan patung ia dicampurkan dahulu dengan rempah2,wangi-wangian
dari sifat sifat nur Sifat Allah dan disirami dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
Kemudian dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah Nya".Iaitu sifat Jalan dan Jammal.lalu
diciptanya tubuh Adam yang sempurna.
Ketika Roh diperentah masuk kedalam tubuh Adam ia tidak mahu masuk .Kemudian Allah
perentahkan Malaikat Izrail memaksa Roh itu masuk kedalam tubuh Adam.Dan akhirnya
roh ini menyerah kalah dan masuk kedalam tubuh Adam.
Semasa tubuh Adam ini berada didalam syurga kulitnya sangat2 cantik.Tetapi selepas
Adam diturunkan kebumi maka terjadilah perubahan pada kulitnya.Sebagai peringatan
kapada manusia hanya pada kuku sahaja yang masih tertinggal warnanya.Sebab itulah
kuku manusia sama warnanya walau pun mereka berbeza warna kulit.
Ditubuh Adam ini ada sembilan rongga atau liang.Tujuh terletak dikepala,dua terletak
dimata,dua ditelinga,dua dihidung,satu dimulut.Dibahagian bawah pula liang kemaluan
dan dubur.
Manakala pancainderanya pula ada lima.Mata,mulut,hidung,telinga.Anggota tubuh kulit dan tapak tangan.
Roh masuk ketubuh Adam sangat pelahan mengambil masa 200 tahun baru sampai kekepala.Setelah ia meresap kekepala maka jadilah otak,urat saraf,dan mata Adam
terus terbuka dan ia melihat kekanan dan kekiri.Dilihatnya juga bahagian bawah tubuhnya tanah yang masih keras lagi.Ketika itu juga adam mendengar para Malaikat
sedang bertasbih.Sesampainya roh kehidung,Adam terus bersin serta mulutnya terbuka.
Dan ketika itulah Allah mengajar Adam mengucap Allahamdulillah sebagai pengucapan
pertama dari mulut Adam.Lalu Allah berkata "Yarkhamukallah "(Semuga engkau diberi
rahmat Allah ).Sebab itu bila kita bersin kena ucapkan Alhamdulillah dan bila orang
orang bersin kena ucap Yarkhamukallah.Jangan marah kerana takut jangkit selsema.
Bila roh sampai kedada,dengan tiba2 Adan hendak bangun pada hal bahagian bawah nya
masih keras lagi.Ini menunjukkan sifat manusia itu tidak sabar.Allah pun berfirman
"Dan sesungguhnya manusia itu suka tergesa2"(Al-Israh:11).