Saturday 14 September 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA






KENANGAN MENGUSIK JIWA

Masa yang telah kita lalui ia tiada akan berulang lagi. Cuma ditinggalkan sabagai kengangan .Masa berlaku nya sesuatu peristiwa itu atau apa-apa yang kita lalui , kita tidak terfikir ia akan menjadi kenangan indah atau pahit untuk masa akan datang. Namun ia terus berlalu tanpa kita toleh kebelakang. Pejam celik, pejam celik begitu jauhnya uncle telah tinggalkan masa-masa yang telah uncle lalui. Kalau dulu uncle seorng kanak2 kini uncle dah menjadi warga emas. Kalau emas semua orang tahu ia sengguh bernilai dan jadi impian setiap insan dimasa kini. Tapi kalau warga emas ianya bukanlah impian tetapi satu anugerah Allah kepada manusia tanpa diminta. Nilainya sudah tiada lagi dari segi produktif. Hanya sebagai penunggu masa untuk perjalanan jauh yang akan tiba bila-bila masa sahaja. Mahu tidak mahu ia satu kenyataan yang wajib diterima.
Bila hidup seperti ayam daging terasa hidup ini seperti tiada berarti lagi.Makan tidur dan kadang kala berkhayalan yang tidak dipinta datang bertandang bermain diminda.Biasa nya selepas subuh dimasjid uncle mendengar kuliah atau takzirah yang disampaikan olih ustaz2 .Dapatlah juga sedikit sebanyak ilmu2 ugama yang uncle tidak mengetahui nya atau mana2 yang dah tahu dijadikan pula peringatan supaya tidak lupa.Maklum sajalah bila orang2 dah berusia seperti uncle ini ,ilmu2 seperti ini baru nak dikejar kan walau pun dah ketinggalan.Masa remaja dahulu lebih suka ilmu keduniaan manakala ilmu2 ugama itu hanya sekadar sampingan atau sekadar tahu lebih kurang sahaja dah rasa mencukupi.Maklum sajalah orang masih muda.Sedangkan kelapa muda pun lebih awal gugur tapi tidak juga diambil sabagai panduan dan pengajarannya unyuk difikirkan .
Pada kebiasaannya selepas makan dan minum pagi uncle membuka internet membaca akhbar2seperti harakah dan malaysiakini.Itu jadi routing harian uncle.Disamping itu baca juga berita dari bloger2 yang cukup banyak dimasa kini.Dapat juga mengetahui hal2 ehwal semasa. Facebook juga adalah kegemaran uncle,dapat berhubung dengan kawan2 lama dan kenalan2 baru facebook.Dapat juga bertukar2 pendapat atau dapat imfomasi2 yang dimuatkan olih penghuni2 facebook.Ini lah kecangihan teknologi sekarang dapat maklumat tanpa sempadan.Tak pernah terfikir difikiran uncle dulu2 dengan teknologi seperti ini.Kalau dulu2 akhbar2 lah satu2nya penyampai maklumat sama ada betul atau tidak kita kena terima juga.
Pagi ini tiada mood nak menatapi berita.Duduk dianjung rumak jauh memadang kedepan memerhati keindahan alam kurnia Tuhan.Terpadang kanak2 bermain dipadang permainan dekat quarters polis tak jauh dari rumah uncle.Betapa seronok nya mereka.Pelbagai kemudahan permainan disediakan.Beruntunglah kanak 2 dimasa kini.Jauh sekali bila dibanding dengan zaman uncle kanak2 dahulu. Tak ada satu pun seperti ini.
Tanpa di sedari fikiran uncle dah melayang jauh memorinya telah berputar kezaman silang semasa kanak2 dahulu.Teringat dan terbayang2 keadaan kampong uncle dan kehidupan masyarakat dizaman itu.Sosial,budaya dan cara hidup.Betapa indahnya zaman silang yang tidak mungkin kita nikmati lagi atau akan kembali lagi.Walau pun pahit dimasa itu tapi bila dikenangkan kembali dimasa kini terasa betapa indahnya yang sukar digambarkan.Merupakan cerita fantasi bagi jenarasi baru yang tidak pernah lalui.Suasana samalah seperti cerita2 perba yang ditayang diTV2.
Kampung uncle ialah Gaung terletak didaerah Pasir Mas Kelantan.Kampung2 yang sempadan dengan kampong uncle ialah dibahgian belakangnya ialah kampong Kiat dan Kampong Lubok Cekok.Sebelah kanan Kampung Endong,Hadapan Kampung Kubang Panjang dan Lemal,sebelah kiri pula kampong Lati dan Bangol Manok.Bila mengimbas kembali tahun2 awal enam puluhan dan tujuh puluhan sungguh jauh bebeza.Itu dizaman uncle kanak2.Kampung yang tiada jalan pengangkutan,tiada letrik,tada bekalan air paip bahkan bolih dikatakakan apa yang ada dihari ini satu pun tiada dimasa itu.Tetapi tiada sesiapa pun di masa itu yang merasa kekurangan dari segi kemudahan asas ini, sebab sejak dilahirkan lagi di biasa kan dengan keadaan seperti ini.Samalah seperti orang2 asli yang di hutan meraka tidak merasakan apa2 kekurangan walau pun orang2 diluar sana sibuk dengan pembanguna.Bagi meraka selagi hutan masih ada itu dah mencukupi.Begitu lah juga masyarakat zaman dulu2 mereka tak meminta apa2 pembangunan Cuma mereka fikirkan untuk meneruskan hidup harian yang telah diwarasinya.Itu saja,impiannya ,meraka tak fikir kenapa kerajaan tak buat pembangunan atau kenapa wakil rakyat tak pernah datang melawat kampong dan tanya khabar .Itu tak penting bagi mereka.Mereka tak pernah menyalahkan kerajaan kerana kemiskinan,atau kepada sesiapa pun mengenai nasib mereka.Bekerja dan berserah kepada Allah tentang rezki.Terima dengan redha dan tak pernah dengar ada orang2 yang memberontak.Mungkin juga disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan pendidikan.Inilah satu2 kenyantaan yang harus dibanggakan. .Hidup dengan iklas dan berserah kepada Allah untuk menentukan nya.
Terbayang rumah2 yanh berselerak beratapkan bata tanah (bata yang dibuat dari tanah liat dan ia nipis warna merah bata).atap2 zing dan setengah2nya pula atap sagu atau nipah.Manakala dinding rumah2 pula dibuat dari buluh .Jalan2 raya tak ada,Cuma lorong2kecil ditepi rumah2. Suasana dikampong ini banyak rak2 (hutan2 kecil dan semak samun). Sungguh seronok uncle rasa bila bersama2 kawan2 kanak2 sebaya.Pagi2 dah merayap dalam hutan ini pergi bidah burung (listik burung2). Berkaki ayam,tidak berbaju,berkain sarung atau seluar pendek,dalam poket penuh dengan biji2 batu untuk jadi peluru biddah (lestik). Kanak2 dizaman ini kebal dengan nyamok2 atau pacat2 menghisap darah.Makan pagi tu jauh sekali.Tapi dah jadi kehidupan masyarakat begini tak menjadi apa2 masaalah. Kanak2 atau orang2 dewasa kalau mereka nak makan pagi mereka makan saja apa yang ada di rumah spt nasi sejuk,pisang atau ubi rebus.Tidak seperti sekarang ini,anak2 bila bangun pagi dah terhidang kuih mueh,nasi lemak ,nasi berlauk,nasi kerabu dan sebagainya yang enak2.Kalau dahulu tak pernah merasa perkara seperti ini.Minun air sejuk yang tak dimasak.Tak ada pun kena sakit.Mungkin ketahanan antibody dah kebal sebab dah biasa dari dalam kandungan lagi.Baby yang baru lahir pun tak ada beri susu2 berjanama seperti hari ini.Lebih2 kalau diberikan susu selain susu ibu hanya susu manis cap junjung harga lima belas sen satu tin.Pisang bakar atau nasi lembik diberi makan kepada bayi2.Ada juga yang suap gandum yang dimasak campur gula dan air,itu saja.Tapi sihat juga.
Kanak2 ramai yang tak berskolah.Hanya dihantar mengaji Quran dirumah guru Quran.Biasanya dikampung orang2 tua sebagai guru mengaji.Adalah dua atau tiga empat orang guru Quran ini dalam sesebuah kampong.Mereka mengajar dengan iklas,tiada bayaran seperti sekarang ini.Meraka hanya dapat padi zakat selepas musim menuai yang diberi olih ibubapa kanak2 yang belajar disitu.Selain dari itu setahun sekali dapatlah duit fitrah yang dikeluarkan olih ibubapa kanak2 yang belajar dengan nyn. Murid2 pula hanya ambil air sebeldi untuk basuh kaki dan bakinya dimasukan kedalam tempayang disediakan olih guru. Dulu berkaki ayam tidak seperti sekarang ni.Sebab itu disetiap rumah diletakkan sebuah tempayang dekat dengan tangga.Dan airnya dari dalam tempayang itu di ceduk dengan gayung yang dibuat dari tempurung kelapa.Uncle rasa anak2 cucu dihari ini tak dapat melihatnya lagi atau membayangkan bagaimana rupanya.Kalau musim hujan lorong2 ini penuh dengan lumpur sebab lorong2 ini juga akan jadi laluan kerbau atau lembu peliharaan penduduk.Berjalan didalam selut (lumpur)paras buku lali itu perkara biasa bagi penduduk.Dengan pacat2 penghisap darah dibetis tidak lagi geli.
Permainan kanak2 dizaman uncle tiada seperti sekarang ini dengan pelbagai permainan moden.Bola sepak ,hoki,badminton,bola tampar dan sebagainya jauh sekali.Begitu juga sukan 2, tak ada.Kanak2 dikampung kalu main bola ialah bola katak yang dipukul dengan hujung buluh yg dibuat sebagai pemukul,rasa suka juga bila main ramai2.Main wau (layang2) itu permainan yang popular yang selalu menjadi pertandingan.Biasanya selepas musim menuai (sebab musim kemarau dan padangnya luas iaitu bendang padi)Kanak2 dan orang dewasa pun selalu main wau ini.Bila ada pertandingan2 penduduk2 kampung yang berhampiran pun ikut serta.Hadiah pula seperti kambing,kain pelekat,kain tuala dan sebagainya.Kebanyakkan kanak2 berdikari membuat wau sendiri,termasuklah uncle pandai juga buat wau.Dibuat rangka dengan buluh duri (sebab buluh ini lembut dan tak patah bila dibentuk).Ditampal dengan kertas warna yang harganya hanya lima satu keeping.Gam pula hanya guna getah cair yang ditoreh dari pokok.Waktu petang baru dimainkan sebab waktu petang ada angin.Sungguh menarik bila kita tengok kelangit waktu petang dapati wau/layang2 berbagai warna.bahkan dari kampong jiran pun kita Nampak walau pun jauh sebab tinggi diangkasa.
Gasing adalah satu permainan yang diminati penduduk.Gasing jantung bentuk seperti jantung pisang.Manakala satu lagi gasing piring ia leper seperti pering.Ia di buat dari kayu (batang pokok).Bolih dikatakan semua orang zaman itu pandai membuatnya.Bahkan kanak seperti uncle pun tahu membuatnya. Ia selalu dipertandingkan permaianan ini.Yang berpusing lama tidak jatuh sebagai pemenangnya.Dimusim2 perayaan seperti hari puja umur (dimasa ini disebut hari jadi sultan)selalu di pertandingkan.Bila ingat hari puja umur ,ini adalah hari paling meriah cuti umun.Bagi penduduk kampong seperti uncle ini akan keluar kebandar untuk melihat pelbagai permainan yang dipersembahan.Padang Bank adalah tempatnya (padang majlis badaran).Berbagai permainan seperti silat,gasing,rebana,keretuk dan barbagai lagi dipertunjukkan.Banyak permaianan yg uncle dah lupa untuk mengingatinya lagi.Acara sukan tarik tali juga dipertanding antara kampung2.Bahkan binatang ternakan juga seperti kerbau,lembu,kambing juga turut dipertandingkan.Sungguh unitnya cara menyambut hari keramaian itu.Sebelah malam pula ada pe rsembahan spt dikir barat,dikir laba,wayangn kulit,pertunjukkan pentas spt sendiwara,kugiran dan lawak jenaka. Mak yong dan menorah.Sungguh menghiburkan.
Uncle meminati wayang kulit.Ia merupakan cerita penglipurlara dari dari epic2 zama dahulu,seperti hikayat Ramayana ( cerita seri rama ).
Watak2 seperti pak Dogol,wak Long,Wak yoh,Samad dan Said masih lagi terbayang dimata uncle dengan kelucuan nya yang diolahkan olih Tok Dalang (orang yang melakunkan wayang kulit tersebut dengan berbagai suara dan nyanyiannya.Tapi sekarang semua dah tak ada lagi.
Kalau ada pun sudah berubah cara pertunjukannya, bagitu juga dengan sambutannya.Sebab sekarang ni orang-orang lebih suka dengan filem2,yang dilakonkan olih artis2 jelita.
Wayang gambar pun ada.Dua panggong wayang yang ada diPasir Mas.Panggong Rex dan Panggong Geruda.Kalau hari raya Penuh sesak orang2 berebut2 nak menonton filem2 melayu.Ramailah pemuda2 dan gadis kampong keluar kebandar.Pakaian baru dan cantik dipandang pada masa itu.Tak ada apa2 jenama,asal baru dah rasa cantik dah.Bagitulah realitinya kehidupan.Dihari raya selepas sembahyang raya, keluarlah kebandar ramai 2 jalan kaki ziarah kubur,tengah hari pula nonton wayang.Bila keluar panggong dapatlah kita lihat gadis atau orang2 dewasa perempuan matanya merah berair,sebab menaggis bila tengok filem2 sedih spt Bawang putih Bawang Merah.Mereka betul2 menghayatinya. Raya dulu cukup seronok satu minggu tak habis lagi beraya,zaiarah-menziarahi,di bandar pun sibuk ,orang cukup ramai,ada yang hari2 kebandar ,maklum sajalah beraya dan pakaian baru walau sepasang saja tapi sangat gembira.
Ah ! habis dah khayalan uncle tengah syok2 diganggu olih panggil isteri mengajak teman dia kepasar.Nantilah bila ada kesempatan lagi akan uncle coretkan gambaran dizaman uncle untuk tatapan anak2 cucu uncle yang dikasihi.
Kalau pergi rantau panjang
Jangan lupa beli ragi
Kalau umur uncle masih panjang
Akan datang uncle sambung lagi

No comments:

Post a Comment