Wednesday 1 February 2012

Kenangan 1

batu buruk waktu pagi

Salam kepada semua yg sudi melawati laman Bicara Uncle Pencen.Maafkan uncle jika susunan kata dan bahasa yang serba kekurangan ini.Apa yang uncle paparkan ini lahirnya dari hati yang iklas.Curahan rasa penenang jiwa.Ungkapan kata yang tiada suara.Senang diluah tanpa malu dan ceriga. Siapakah uncle ini? Uncle ini dilahirkan di Kampung Gaung,Pasir Mas.Kelantan. Satu tahun sebelum merdeka. Disini uncle akan kongsikan bagaimana penghidupan dizaman uncle kanak-kanak dahulu . Suasana kampong masa itu,penghidupan masayarakat,sosial dan budaya.Sangat jauh perbezaan dan perubahan nya. Bila tiada tugas atau kerja yang hendak dibuat....termenung berkhayal akan bermain di minda.Berangan-angan dan khayalan menjelma silih berganti.Betapa indah dan mengasyikkan.Maklum sajalah sebab tiada bayaran.Dalam agama kita Islam melarang kita dari berkhayal dan berangan-angan sebab ia dari bisikan syaitan yang melalaikan.Memang betul jika berangan-angan dan berkhayal ,kerja tak ,menjadi.Suri-suri didapur nasi jadi mentah,lauk digoreng menjadi arang.Maafkan uncle, itu satu kenyataan.Sedar tidak sedar rupa-rupanya uncle telah mengembara jauh dizaman silam.Memory uncle menayangkan semula apa yang ada dalam lipatan sejarah. Pada zaman uncle kanak-kanak dikampung uncle ini tiada jalan raya.Bahkan bolih dikatakan keseluruhan kampung-kampung diluar bandar dimasa itu tiada jalan raya dalam ertikata yang sebenarnya.Hanya lorong-lorong kecil dipagari semak dan samun kiri-kanan sebagai laluan.Begitu juga dengan kerbau,lembu,lorong ini sebagai laluannya.Cuba adik-adik,anak-anak dan cucu-cucu uncle yang dikasihi bayangkan jika berada dizaman ini. Pergi kesekolah berjalan kaki meniti batas-batas bendang padi.Akan jatuh kedalam bendang jika berselisihan dengan kerbau yang melalui jalan yang sama.Basah ,kotor perkara biasa. Seingat uncle jalan raya dari bandar Pasir Mas kekampong Repek ada satu jalanraya berbatu merah bolih memuatkan sebuah kereta yang melaluinya.Itu semua tidak kisahlah, tiada penduduk kampung yang ada kenderaan.Motokar hanya bolih dilihat sekali sekala apabila YB yang lalu.Jalan itu kurang lebih dua kilometer dari kampung uncle.Penduduk kampung uncle dan kampung-kampung sekitarnya menggunakan jalan keretapi pergi kebandar.Mereka ,termasuk juga uncle berjalan diatas landasan keretapi untuk kebandar,lebih kurang tiga atau empat km. Berjalan tanpa kasut atau selipar perkara biasa bagi penduduk.Sebab itulah ditepi tangga setiap rumah ada tempayan bekas air untuk basuh kaki. Rutin harian penduduknya selepas solat subuh akan turun kebendang.Uncle cakapkan ini berdasar pada majoriti penduduknya bersawah.Kalau tidak silap uncle dikampung uncle orang yang bekerja atau dengan bahasa yang selalu disebut penduduk ialah makan gaji hanya tiga orang sahaja .Mereka ini hidup lebih lumayang bila dibanding dengan yang lain.Mereka bekerja sebagai buruh jalan keretapi.Tapi pada pandangan penduduk mereka ini berdarjat.Kerbau atau lembu adalah pembantu setia bagi penduduk dalam mencari rezki.Hamparan sawah adalah sebagai buku tulis yang akan ditulis dengan pena nya pembajak sawah yg ditarik olih sang setianya,kerbau atau lembu.Kaum perempuan pula termasuklah gadis-gadis cantik akan berendam didalam air berlumpur mencabut anak-anak semaian padi untuk ditanam semula kedalam petak2 yang telah dibajak. Kehidupan masyarakat dikampung sungguh akrab seperti dalam satu keluarga.Tolong menolong adalah amalan semua.Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.Keperihatian masyarakat sungguh terpuji.Sekiranya kita jalan-jalan dikampung berhampiran mereka akan kenal anak-anak siapa.Tapi sekarang ini kalau ditaman-taman perumahan jauh sekali mengenali jiran-jiran.Masing-masing sibuk.Uncle bersama rakan sebaya dialam kanak-kanak dahulu hobinya suka melastik burung-burung.Hutan mana yang berhampiran uncle bersama rakan tidak masuk.Bolih dikatakan semuanya sudah arif didalamnya.betapa seronoknya.Selain itu uncle juga suka bela ayam sambung.Kita sudah dipengaruhi dengan keadaan sekeliling.Mencari ikan dilopak-lopak dalam bendang dimusim kemarau amat menyeronokan.Keli,haruan puyu dan sepat cukup senang kita dapat. Badan bersalut lumpur seperti kerbau, itu perkara biasa bagi kanak-kanak dikampung. Permainan seperti sekarang ini memang tiada.Bola sepak memang tiada.Apa yang kita main adalah bola katak.bermain secara berpasukan.Mengguna hujung buluh dipotong lebih kurang tiga kaki sebagai pemukul.Bola sebesar bola hoki dibuat sendiri dari getah yang ditoreh dari pokok.Paling menyeronok sekali dibulan puasa datang kesurau ramai-ramai bermain sorok-sorok dibawah chahaya bulan yang suran.Sementara menunggu orang-orang dewasa bersembahyang.Kanak-kanak tidak turut sembahyang hanya datang untuk bermain,sebab ramai kawan.Bila sembahyang selesai ,kanak-kanak ini akan masuk kesurau untuk berzikir sama-sama.Bila semua selesai dapatlah hbuan memakan kueh-mueh,yang dibawa olih jemaah yang hadhir.Dibulan puasa sahaja dapat menikmati berbagai kueh mueh,cukup sedap menyelerakan. Uncle hentikan disini dulu untuk kali ini. akan bersambung di Kenangan Part 2. Disini uncle kongsikan petua yang uncle dapat dari orang tua-tua dahulu: Merawat Rambut Gugur disebabkan olih sejenis penyakit.Kalau tidak dirawat ia bolih menjadi botak. 1. Ambil seketul Ibu Kunyit (kunyit hidup ) 2 Sedikit garam. cara-cara: Bahan-bahan tadi ditumbuk halus kemudian dilumurkan keseluruh kepala dan dibiarkan. Sebaik-baiknya elok dibuat waktu malam,dan keesokan pagi baru cucu. buatlah 2 kali seminggu setiap munggu.Inshaallah ia akan sembuh. Selamat mencuba. Kos rawatan paling menjimatkan.

http://atiepremium.blogspot.com

No comments:

Post a Comment