Friday 17 February 2012

Part2

Sebelum ini uncle ceritakan kampung uncle tiada jalan raya.Jalanraya dikampung uncle dibuat seinggat uncle semasa uncle baru masuk darjah satu.Bila sebut hal persekolahan teringatlah uncle perihal penerimaan pembelajaran permulaan.Dikampung uncle masa itu ada sekolah dewasa.Untuk mendidik penduduk supaya tidak buta huruf.Bangunannya dibuat dari buluh.Orang2 dulu panggil bangsal,lebih kurang kandang kambing jer.Olih kerana tiada sambutan bangsal tersebut jadikan pula sekolah untuk mendidik anak-anak.Kalau sekarang ni sekolah tadika la.Uncle salah seorang daripada muridnya seramai lebih kurang lima belas orang temasuklah kakak uncle.Pada mulanya uncle tak nak mengikutinya.Umur pada masa itu baru enam tahun.Uncle suka berkawan dengan kanak-kanak yang tak bersekolah.Pagi-pagi lagi kawan2 datang ajak melestik burung atau menyambung ayam.Makan minun pagi tak kisah.Uncle dipaksa olih keluarga supaya bersekolah.Olih sebab ketakutan dan kena pukul maka uncle dan sepupu uncle (arwah)terpaksa mengikuti persekolahan tersebut.Dulu tak ada buku,cuma ada papan selik dan pencilnya pula kalam batu.Bila tulis atau corit apa-apa ia akan dapat lihat warna putih tempat ditulis.Papan tersebut warna hitam.Besarnya lebih kuran satu kaki jer.Bila nak padam gosok jer dengan tangan,ia akan hilang. Hari pertama dihantar olih ayahanda.Tapi kena tunggu sampai habis kelas dan balik bersama.Hari kedua sama seperti hari pertama.Hari ketiga selepas dipujuk,uncle dan sepupu pergilah sekolah tersebut bersama-sama kakak uncle. Bila sampai disekolah tersebut che gu belum tiba lagi.Maka bermainlah kanak-kanak dengan kempulan masing-masing.Uncle dengan sepupu uncle.Selepas berbicang uncle dan sepupu ambil keputusan lari balik kerumah.Bila ditanya uncle cakap bahawa che gu tak ada.Che gu terlantar dipukul orang.Maka semua orang terkejut gila.Pada perkiraan uncle telah berjaya dengan muslihat ini.Dengan tak disangka rupa-rupanya pak cik uncle telah pergi kesekolah tersebut untuk mendapat kepastian.Terbongkarlah muslihat uncle tak nak bersekolah dan terimalah habuannya.uncle dipaksa lagi kesekolah tapi uncle enggan juga.puas dipujuk dan ugutan keluarga,akhirnya mereka kecewa. Uncle telah berjaya. Masa terus berlalu tibalah pula masa yang uncle takuti iaitu bersekolah.umur uncle dah tujuh tahun.Satu hari sebelum hari pendaftaran darjah satu uncle terdengar perbicaraan emak dan ayah akan menghantar uncle kesekolah esok pagi. Pada pagi tersebut uncle bangun waktu subuh lagi dan tinggalkan rumah pergi kedalam hutan belakang rumah berbekalkan lestik.Tempat uncle bersembunyi dapat dihidu juga olih ayah.Lalu dikejarnya sampai dapat dan dibelasahnya.Akhirnya uncle bersetuju juga akan bersekolah.Sekolah uncle ialah Sekolah Kebangsaan Lati Jauhnya lebih kurang 4km dari rumah.Sekolahnya bangunan kayu ,lantai tanah dan atapnya pula atap rembia.Ada enam kelas semuanya.Guru ada lapan orang semuanya.Setiap guru akan menjaga satu kelas.Mereka mengajar semua mata pelajaran dikelas yang meraka jaga.Uncle puji guru dulu bijak-bijak sebab semua mata pelajaran mereka yang ajar tidak seperti sekarang ini.Selain dari guru derjah ada seorang guru besar dan seorang guru ugama yang dipanggil ustaz. Bermulalah uncle menjadi seorang murid sekolah.Izin dalam paksa.Perkara sperti ditadika dahulu berulang kembali.Ayah mesti ada ditepi kelas dan balik bersama.Ibubapa yang senasib seperti ayah adalah duatiga orang,bolihlah mereka berborak2.Hari demi hari keadaan masih sama.Ayah sudah putus asa dan berserah saja pada keadaan.Tugas tersebut diambil alih pula olih kakak sulung uncle.Kakak uncle ni baru saja tamat derjah enam disekolah tersebut dan tidak menyambong lagi pelajaran.Mengikut perkiraan orang tua-tua dahulu anak perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi sebab ia berakhir didapur juga.Akhirnya keadaan dah berubah uncle mula menunjuk minat bersekolah.Dapat ramai kawan-kawan.Dapat bermain bersama ,permainan guli,bola sepak,gelang rotan,getah,belaga buah getah.Tapi generasi baru sekarang ini tidak mengenali permainan ini.Permainan itu sajalah yang ada pada masa itu.Tiap2 hari uncle kesekolah tanpa paksaan.Terima kasih tak terhingga kepada keluarga kerana berjaya mendidik uncle dan keluar dari kalangan rakan yang buta huruf. Jam enam pagi dah bangun untuk persiapan kesekolah.Zaman uncle dahulu tiada letrik,tiada air paip,cuma air telaga,tiada tandas pagi-pagi meraba dalam kegelapan kebendang padi atau kedalam semak untuk melepaskan hajat.Berjalan kaki ayam diatas rumput berair embum sungguh sejuk rasanya.Sebelum mandi biasanya duduk sekejap ditepi unggun api untuk memanaskan badan sebelum mandi air perigi yang sangat sejuk.Begitulah kehidupan masyarakat kampung dizaman uncle.Sebelum kesekolah bersarapan pagi dengan nasi sejuk yang dihangatkan bersama telor itek goreng.Itek ternak sendiri.Sungguh sedap rasanya.Makan diwaktu perut kosong sungguh nikmat dan sedap. Pakaian sekolah baju putih seluar pendek biru manakala kasutnya putih kadang2 pakai kadang2 tidak.Perkara biasa disekolah uncle murid-murid berkaki ayam.Rambut dibasahi minyak rambut cap putri, harganya pada masa itu dua puluh saja sebotol.Perbelanjaan sekolah pada masa itu lima sen saja.tapi dengan lima sen ini dapat makan nasi.Dikantin sekolah pula disediakan satu tempayan berisi air sejuk yang diambil dari telaga,dan disediakan satu cawan.Itulah minuman murid-murid selepas bermain atau selepas makan.Bayangkan betapa dhaifnya zaman itu.Tapi tiada murid-murid sakit perut atau cerit-berit dengan meminun air yang tidak dimasak.Antibodi orang-orang zaman dahulu cukup kuat. Bila sebut bersekolah sekarang ni uncle ini cukup rajin.Pergi tanpa paksaan,wang belanja pun tak kisah ada atau tiada.Rajin datang sekolah tanpa dipaksa lagi.Bersekolah tiada beg sekolah seperti sekarang ni.Murid-murid isi buku dalam beg plastik seperti beg plastik gula dan diikat dengan getah.Bejalan kaki waktu balik sungguh mmenyeksakan ditengah perit panas matahari jam satu tengah hari.Bila lalu kawasan rumah orang berkejarlah keperigi untuk minun.Dicebuknya satu baldi air dan minunlah bergilir-gilir dengan penuh nikmat dan kepuasan.Selepas makan mulalah kegiatan bermain dengan kawan-kawan.Berjalan sana sini bersama kawan-kawan,mencari anak-anak burung didalam semak-semak atau kebendang padi cari ikan atau cari ikan laga.Sengguh seronok bila dikenangkan.Kepandaian mencari ikan laga memang ada.Uncle gunakan kelopak buluh yang bergulung dan diletakkan dalam air ditepi batas bendang padi.Waktu magrib ikan-ikan laga ini akan buat sarang ( ia buat buih )dalam kelopak buluh tadi.Lalu kita tutup dengan tangan kiri kanan kelopak buluh tersebut dan angkat keatas darat.Uncle kenal jantan atau betina ikan laga ini.Begitu juga tentang siseknya dan tanda pada pipi ikan tersebut menunjukan ia berani atau tidak.Lucukan belanjar perkara seperti ini.Begitu juga dengan ayam laga.Uncle belajar mengenal sesek dijari kaki ayam tersebut.Menentukan ayam tersebut bagus atau tidak.Tengok satu lubang dibawah kepak ayam ,jika ada satu bulu dalam lubangnya itu menunjukkan ayam itu pandai menikam lawan nya degan tajinya tepat sekali.Cara ayam berjalan,bentuk hadapan dada ayam ,paruh serta kepala ayam ada ciri-ciri rahsianya nenentukan jaguhnya.Begitu juga dengan bentuk ekornya ada rahsianya.Cara-cara bagi makanannya,tempat tidurnya yg perlu sediakan,semua uncle belajar.Disebabkan pengaruh serta minat dan keadaan masyarakat waktu itu . Berbalik kepada pelajaran pula jauh bezanya cara uncle belajar.Membaca, menulis hanya disekolah sahaja.Bila sampai rumah terus jer simpan,dan esok pagi baru buka disekolah.Ibubapa tak kisah sebab mereka sendiri buta huruf.Bagi mereka rajin pergi sekolah sudah cukup.Dan ini sudah diberi kepujian sebab rajin kesekolah.Kalau rajin pun menulis atau membaca dirumah memang tidak selesa. Tiada meja atau kerusi. kalau malam berlampukan pelita minyak tanah.Kalau mahu menulis mesti duduk meniarap atas lantai la.Disekolah uncle ini termasuk dikalangan pelajar pintar juga walau pun tidak pernah mengulangi pelajaran dirumah.Dari darjah satu samapai darjah enam uncle dapat nombor dua atau nombor tiga dalam kelas setiap penggal.Tidak melepasi dari itu.No satu tidak dapat sebab seorang murid perempuan menguasainya.tapi ia rajin dalam kelas, ia suka menulis dan membaca.Uncle selalulah terima hadiah buku tulis dan pencil dari sekolah.Bolih dipujian pehak sekolah zaman dahulu menjadikan agenda memberi hadiah pada murid-murid yang dapat nommbor satu sampai nombor tiga sebagai galakan.Walau pun hadiah tak seberapa tapi nilainya sangat besar bagi penerimanya dihari penyampaian.Walau pun uncle bolih tahan juga dalam pelajaran,tapi buku record tak pernah uncle bagi tengok pada emak ayah sepanjang persekolahan.Tandatangan ibubapa uncle buat sendiri.Uncle guna daun sireh disapu minyak masak kemudian disalai dengan asap api pelita minyak tanah.Kemudian guna dua ibujari untuk ditekapkan pada ruangan cap ibujari penjaga. Pergi sekolah dimusim hujan bermula bulan september hingga disember sangat menyedihkan murid-murid kampung seperti uncle ini.Pagi-pagi dah basah dah, bejalan dalam lumpur atas batas bedang padi,Berpayungkan daun pisang.Jarang-jarang yang ada payung kertas.Alah bisa kerana biasa.Begitu sukarnya perjalanan kesekolah.Jalan kampung uncle dibuat semasa uncle darjah satu mula dibina.Orang pertama merancang untuk buat jalan ini ia-lah seorang penduduk kampung orang panggil abang will.Dengan usahanya meminta kebenaran setiap tuan tanah maka gotong-royong pun bermula.Bolih puji masyarakat dahulu hidup bersatu.Sungguh meriah gotong-royong dilakukan ,penduduk dua tiga kampung berhampiran diundang bersama mencangkul tanah buat jalan.Kanak-kanak tidak ketinggalan termasuk uncle buat apa yang terdaya seperti mengusung tanah yg hendak ditimbus ditempat yang lembah.Selepas kerja siap dijamukan roti makan bersama kari ayam kampung.Makanan ini dibeli dengan sumbangan semua penduduk kampung.Sungguh sedap rasanya.Berbelas kali gotong royong dijalankan,kalau tidak silap uncle dah dua ekor juga lembu ditumbangkan.Hasil sumbangan2 penduduk.Bila dah nampak bentuk jalan ini,abang will tadi berusaha berjumpa wakil rakyat minta bantuan buat jalan.Terima kasih diucapkan kepada abang will ini walau pun ia buta huruf tapi pemikiran jauh kedepan.Kali pertama wakil rakyat masuk kampung bawa roti untuk penduduk gotong royong buat jalan.Lebih kurang setahun selepas kedatangan wakil rakyat barulah dihantarnya jentera buat jalan.Terbinalah jalan seadanya tanpa batu merah.Dahulu kalau jalan berbatu merah ini (batu bukit) bolih dikirakan jalan itu dah tiga bintang rasanya.Bila balik kampung melalui jalan ini yang dah bertar dah,terasa sayu dihati,mengenalkan masa silang dan besarnya pengerbanan orang-orang dahulu, begitu besar untuk genarasi sekarang. Sekadar sini saja curitan uncle dalam kenangan ini. Disini uncle nak kongsikan ubat cerit-berit dizaman uncle kanak-kanak dahulu: Akar anak pokok getah diambil dan direbus minun airnya.sangat mujarab.

No comments:

Post a Comment